FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat lawat Kelas Tuisyen PIP YSHHB


Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) berkenan berangkat mengadakan lawatan kerja ke dua buah Pusat Kelas Tuisyen, Program Intervensi Pendidikan (PIP), YSHHB. | INFOFOTO

 


 May 30th, 2016  |  08:54 AM  |   2812 views

TUNGKU LINK

 

Ahad, 29 Mei. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) hari ini berkenan berangkat mengadakan lawatan kerja ke dua buah Pusat Kelas Tuisyen, Program Intervensi Pendidikan (PIP), YSHHB.

 

Atur cara keberangkatan lawatan kerja bermula dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ke Pusat Kelas Tuisyen, PIP YSHHB di Bangunan Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA), Universiti Brunei Darussalam (UBD).

 

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; Timbalan Pengerusi l Lembaga Pengarah YSHHB, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Timbalan Pengerusi ll Lembaga Pengarah YSHHB, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah YSHHB, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar yang juga Ahli Lembaga Pengarah YSHHB, diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi.

 

Acara diteruskan dengan sembah taklimat mengenai perkembangan Sekolah YSHHB yang disembahkan oleh Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom.

 

Sembah taklimat seterusnya disembahkan oleh Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail mengenai PIP.

 

YTM kemudian dijunjung berangkat melawat kelas-kelas bagi menyaksikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas-kelas tuisyen yang dikendalikan di ILIA.

 

YTM seterusnya berkenan berangkat membuat lawatan kerja ke kelas-kelas tuisyen PIP di Sekolah YSHHB bagi menyaksikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas tuisyen yang dikendalikan di sana.

 

YTM juga berkenan beramah mesra bersama para sukarelawan YSHHB yang terlibat sebagai tenaga kerja dan pengajar dalam mengendalikan kelas tuisyen tersebut.

 

Setelah itu, YTM berkenan bergambar ramai sebelum menamatkan lawatan.

 

Keberangkatan YTM mencerminkan keprihatinan YTM terhadap usaha dan rancangan YSHHB khususnya dalam bidang pendidikan sebagai salah satu daripada lima objektif utama penubuhan YSHHB.

 

Projek dan aktiviti yang diusahakan oleh YSHHB dalam bidang pendidikan menjurus kepada usaha bagi mempertingkatkan dan memperkembangkan bidang pendidikan melalui penyediaan bantuan pendidikan dan penyelidikan, mengendalikan program-program keilmuan serta menyediakan prasarana dan perkhidmatan pendidikan.

 

Penubuhan Sekolah YSHHB dan juga penyediaan kelas-kelas tuisyen di bawah PIP di seluruh negara adalah antara usaha-usaha yang diambil oleh YSHHB ke arah perkembangan pendidikan dan pembangunan modal insan selaras dengan dasar dan falsafah pendidikan di negara ini.

 

Di samping berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan melahirkan para pelajar yang cemerlang dari Sekolah YSHHB, YSHHB juga turut mengambil perhatian terhadap pencapaian para pelajar yang terdiri daripada anak-anak dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dan anak-anak yang mempunyai pencapaian yang lemah dalam pelajaran dan memerlukan bimbingan iaitu melalui program 'outreach' dengan menyediakan kelas-kelas tuisyen di bawah PIP yang kini dilaksanakan di seluruh negara.

 

Pengendalian kelas-kelas tuisyen ini dibantu oleh para sukarelawan yang mempunyai latar belakang bidang pendidikan selaku tenaga pengajar.

 

Di samping itu, YSHHB juga mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan dan UBD dan juga Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam pelaksanaan projek ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16