FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Bertadarus Al-Quran Rombongan KHEU


TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, selaku Tetamu Kehormat majlis mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran.

 


 June 11th, 2016  |  07:08 AM  |   2267 views

MUKIM BERAKAS 'B'

 

Jumaat, 10 Jun. - Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU)meneruskan siri Majlis Bertadarus Al-Quran ke seluruh daerah dengan tumpuan kali ini di Masjid Kampung Salambigar.

 

Rombongan bertadarus KHEU ke masjid tersebut diketuai oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, yang juga mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran.

 

Majlis diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Quran diikuti dengan huraian Tafsir Al-Quran serta kesimpulannya disampaikan oleh Pegawai Ugama Kanan, Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit.

 

100616 AZMI KHEU-11

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud menyampaikan agihan zakat Majlis Ugama Islam Brunei kepada Asnaf Fakir Miskin (atas dan bawah).

100616 AZMI KHEU-8

 

Inti sari Tafsir Al-Quran dari juz kedua Surah Al-Baqarah menjelaskan bahawa umat Islam ialah umat pilihan lagi adil dan tidak melampau.

 

Ayat-ayat dalam juz kedua ini turut menerangkan kebaikan menginfaq atau membelanjakan harta kepada orang-orang yang berhak menerimanya dan seterusnya diperjelaskan mengenai kewajipan berpuasa, keistimewaan bulan Ramadan dan berdoa.

 

Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Salambigar, Awang Haji Abdul Halim bin Haji Bungsu yang kemudian diselajurkan dengan Penyampaian Agihan Zakat Wang Tunai kepada Asnaf Fakir Miskin Menjelang Hari Raya Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi yang disampaikan oleh Timbalan Menteri KHEU.

 

100616 AZMI KHEU-4

ANTARA yang hadir pada majlis tersebut.

 

Turut hadir Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid dan Awang Roslan bin Haji Tajaah; ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

 

Majlis bertujuan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan, sekali gus menanam dan menyuburkan budaya membaca, mempelajari dan menghayati maksud ayat Al-Quran yang dibaca di kalangan warga KHEU.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Mohamad Azmi Awang Damit

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19