FacebookInstagramTwitterContact

 

Results of Closed Tender for Vehicle Registration Number           >>           Earn Income through Content Creation           >>           Hari Raya Must-Haves and Favourite Food           >>           Decorative Lights add Cheer to Hari Raya Celebration           >>           Disposal Service for Books & Papers containing Quranic Verse           >>           Business resume operations           >>           Back to Work after Hari Raya Holiday           >>           Handover of Brunei Green Economy Framework Report           >>           Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ramadan Lahirkan Insan Kembali Kepada Fitrah


TETAMU kehormat isteri Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Datin Hajah Norliana binti Haji Aarif Lim bersama-sama pegawai dan kakitangan wanita KHEU dalam Majlis Tadarus yang berlangsung di Masjid Kampung Masin. | FOTO: PELITA BRUNEI (Hernie Suliana Haji Othman)

 


 June 12th, 2016  |  08:39 AM  |   1284 views

KAMPUNG MASIN

 

Sabtu, 11 Jun. - Bulan Ramadan begitu bermakna kerana ia menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda pada setiap amalan yang dilakukan.

 

Ramadan juga terhimpun rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala serta pembebasan hamba dari api neraka di mana peluang-peluang untuk mendapatkan kelebihan dan pahala yang berlipat ganda itu dibukakan seluas-luasnya kepada kita setiap masa.

 

Sehubungan itu, Majlis Tadarus bagi Pegawai dan Kakitangan Wanita Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) turut menyemarakkan lagi kedatangan bulan Ramadan yang diadakan di Masjid Kampung Masin, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah isteri Setiausaha Tetap KHEU, Datin Hajah Norliana binti Haji Aarif Lim.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU, Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussein dan diteruskan dengan bacaan tadarus.

 

Sementara itu, bacaan Tahlil dan Doa Arwah pula dipimpin oleh Tenaga Pembimbing Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Kampung Masin, Dayang Amal Nadzirah binti Haji Asmat.

 

HERNIE02 110616 KHEU

MAJLIS turut diserikan dengan ceramah bertajuk 'Peranan Muslimah terhadap Keluarga di Bulan Ramadan' disampaikan oleh Penceramah Undangan, Dayang Hajah Noor binti Haji Mohadi.

 

Majlis diserikan dengan ceramah ramadan bertajuk 'Peranan Muslimah terhadap Keluarga di Bulan Ramadan' disampaikan oleh Penceramah Undangan, Dayang Hajah Noor binti Haji Mohadi.

 

Dalam ceramahnya menyentuh tentang peranan muslimah sebagai isteri, muslimah sebagai ibu, muslimah sebagai anak disamping bersedekah dan sebagainya.

 

Menurutnya lagi, bulan Ramadan adalah untuk melahirkan insan yang kembali pada fitrah, selain mengambil kesempatan untuk merebut pahala dan ganjaran berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Aktiviti keagamaan itu merupakan projek tahunan yang dikendalikan oleh KHEU yang diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan para pegawai dan kakitangan wanita kementerian berkenaan dengan ahli qariah masjid khususnya Muslimah masjid.

 

Ia juga adalah sebagai salah satu syiar untuk memakmurkan masjid-masjid di negara ini, di samping untuk sama-sama mendekatkan diri dengan Al-Quran serta meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50