Home > Bahasa Melayu
KHEU Singkap Hikmah Keagungan Al-Quran
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof (tengah) hadir selaku tetamu kehormat.
June 12th, 2016 | 08:55 AM | 2891 views
SERIA
Sabtu, 11 Jun. - Amalan membaca dan bertadarus Al-Quran telah dijanjikan pahala berlipat ganda, malah Islam sentiasa menganjurkan agar umatnya memahami dan menghayati maksud ayat-ayatnya sebagai pengajaran.
Bagi menyingkap hikmah dan rahsia di sebalik keagungan Al-Quran, Majlis Tadarus Al-Quran berserta Kefahaman Al-Quran melalui tafsirannya telah dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama berlangsung di Masjid Pekan Seria.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof selaku tetamu kehormat majlis.
Huraian tafsir Al-Quran serta kesimpulannya disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbuddin.
TAFSIR Al-Quran serta kesimpulannya disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbuddin.
Antara Intisari Tafsir Al-Quran dari juz tiga Surah Al-Baqarah menjelaskan bahawa umat Islam digalakkan untuk mengamalkan bersedekah kerana banyak manfaat dan kelebihan yang kita dapat apabila kita bersedekah di antaranya ialah dapat mengundang rahmat serta penyebab Allah Subahanahu Wata'ala membuka pintu rezeki.
Amalan bersedekah antaranya akan dapat menghapuskan sifat sombong, takbur dan membangga diri.
Selain itu, di akhirat nanti para dermawan akan mendapat perlindungan Arash Allah Subhanahu Wata'ala ketika ramai umat manusia kepanasan yang amat dahsyat dan dijauhi dari seksaan api neraka.
Majlis diteruskan dengan Bacaan Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai dipimpin oleh Imam Masjid Pekan Seria, Awang Zulhilmi bin Mohd. Jefri
PENYAMPAIN Agihan Zakat Wang Tunai kepada Asnaf Fakir Miskin Menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti oleh Pengarah Hal Ehwal Masjid selaku Ahli Jawatankuasa mengeluarkan wang zakat Majlis Ugama Islam Brunei, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh.
Majlis turut diselajurkan dengan Penyampaian Agihan Zakat Wang Tunai kepada Asnaf Fakir Miskin menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini disampaikan oleh Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh, selaku Ahli Jawatankuasa mengeluarkan wang zakat Majlis Ugama Islam Brunei.
Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid dan Awang Roslan bin Haji Tajaah; ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Noraisah Muhammed
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]