FacebookInstagramTwitterContact

 

Keynote Presentation           >>           Opening Ceremony of SEAMEO CPRN Summit           >>           Hari Raya Celebration           >>           These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PGGMB sertai tadarus MWNBD


Naib Yang Dipertua 1 MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat (tengah) semasa hadir pada Majlis Tadarus tersebut. | Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 June 13th, 2016  |  09:15 AM  |   1476 views

BERAKAS

 

Ahad, 12 Jun. - Aktiviti bertadarus pada bulan Ramadan yang mulia ini terus giat diadakan oleh berbagai-bagai peringkat masyarakat Islam di negara ini.

 

Ia bukan saja dijalankan di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadah, malahan juga diadakan di rumah-rumah persendirian, tidak terkecuali kaum lelaki malahan kaum wanita juga semakin ramai yang melibatkan diri secara berkumpulan.

 

Peluang menyemarakkan bulan Ramadan ini dengan aktiviti-aktiviti keagamaan adalah direbut semata-mata untuk mendekatkan diri dan mendapatkan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala dengan pahala yang berlipat ganda.

 

Sebagai salah sebuah persatuan di bawah payung Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD), Jawatankuasa Bahagian Wanita Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) tahun ini sekali lagi menyertai tadarus bagi MWNBD.

 

Kali ini Majlis Tadarus dikendalikan di kediaman Pengarah Bahagian Wanita PGGMB, Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar bertempat di Kampung Sungai Tilong.

 

Hadir pada majlis tersebut, Naib Yang Dipertua 1 MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat, selaku mantan Timbalan Yang Dipertua PGGMB dan Naib Yang Dipertua 2, MWNBD, Datin Hajah Dayang Masni binti Haji Awang Mohd Ali.

 

Turut hadir menyertai Majlis Tadarus ialah ahli-ahli lembaga tadbir, wakil tetap dan wakil-wakil dari persatuan-persatuan dalam MWNBD.

 

Majlis juga diselajurkan dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Tahlil khusus bagi ahli, keluarga ahli MWNBD dan para guru yang telah kembali ke rahmatullah.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam diikuti dengan bacaan tadarus Al-Quran Juzuk 5.

 

Bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Tahlil pula dipimpin oleh Pengiran Hajah Rakiah, manakala Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Dyaang Hajah Jusnani binti Awang Taha diikuti dengan bacaan Doa Penutup oleh Dayang Hajah Mal Hafida binti Haji Alit / Malik.

 

Selain meningkatkan mutu bacaan Al-Quran dalam kalangan ahli, pertemuan pada Majlis Tadarus ini adalah bagi menyatupadukan dan menjalin silaturahim sesama persatuan dan ahli serta membangkitkan suasana yang harmoni, semangat bekerjasama dan bersatu padu dalam melaksanakan aktiviti yang berkebajikan.

 

Pada tahun ini, Jawatankuasa Bahagian Wanita PGGMB adalah juga selaku Jawatankuasa Keagamaan MWNBD dan bertanggungjawab dalam merancang, melaksanakan serta menyelaras aktiviti-aktiviti keagamaan sama ada yang dikendalikan atau yang diikut oleh MWNBD.

 

Dalam hubungan itu, penyelarasan tadarus akan diteruskan lagi di tempat persatuan-persatuan lain yang menjadi tuan-tuan rumah secara bergilir-gilir di mana Majlis Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran MWNBD akan disempurnakan pada 30 Jun 2016 nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53