Home > Bahasa Melayu
Kementerian Kesihatan semarakkan Ramadan
Penyampaian derma kepada 18 anak-anak yatim serta pengagihan sumbangan kepada 10 pesakit di bawah pengendalian Unit Kebajikan Perubatan Hospital Hospital Suri Seri Begawan oleh tetamu kehormat. | Foto : Noraisah Muhammed
June 13th, 2016 | 09:16 AM | 2474 views
SUNGAI TERABAN
Sabtu, 11 Jun. - Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran yang diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan pesakit kebajikan perubatan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait di Masjid Sungai Teraban, Kuala Belait.
Mengetuai rombongan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.
Acara tahunan itu bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga Kementerian Kesihatan dan warga Hospital Suri Seri Begawan.
Penyampaian derma kepada 18 anak-anak yatim warga perkhidmatan Hospital Suri Seri Begawan serta pengagihan sumbangan kepada 10 pesakit-pesakit di bawah pengendalian Unit Kebajikan Perubatan Hospital Hospital Suri Seri Begawan juga diadakan.
Majlis itu merupakan salah satu aktiviti keagamaan yang diadakan secara bergilir di keempat-empat daerah.
Hadir sama Ketua Kampung Sungai Teraban, Awang Haji Morsidi bin Haji Mohd. Shara.
Kementerian Kesihatan juga mengadakan majlis serupa di Masjid Kampung Belais dan Buda-Buda, Temburong pada 8 Jun lalu.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Noraisah Muhammed
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]