FacebookInstagramTwitterContact

 

You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>           Japan Make Hard Work Of Qatar Victory But Remain On Course For Olympic Berth           >>           Wrexham To Face Bournemouth And Whitecaps On 'Wrex Coast Tour'           >>           Columbus Crew Beat Monterrey In Champions Cup Semis First Leg           >>           New Premier League Record Set For Most Goals In A Season           >>           Arne Slot 'Could Be A Liverpool Coach' - Virgil Van Dijk           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan Rai Pelajar Pusat Ehsan


PEMANGKU Pegawai Daerah Brunei Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Derma. | FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Ariffin Mohd. Noor)

 


 June 14th, 2016  |  09:06 AM  |   1788 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 13 Jun. - Seramai 25 pelajar istimewa dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Derma yang berlangsung di Dewan Muhibbah, Lapangan Terbang Lama, Berakas hari ini.

 

Majlis tersebut dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan dengan kerjasama peniaga-peniaga warga Pakistan di negara ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei Muara (DBM), Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

 

130616 ARIF3 PAKISTAN

PEMANGKU Pegawai Daerah Brunei Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar istimewa pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Derma di Dewan Muhibbah, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

 

Sumbangan derma berupa wang tunai kepada pelajar-pelajar istimewa berkenaan disempurnakan oleh tetamu kehormat dan Pemangku Pesuruhjaya Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey.

 

Majlis tersebut adalah merupakan salah satu acara kebajikan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Republik Islam Pakistan bersama Komuniti Republik Islam Pakistan bersempena bulan Ramadan ini bagi membantu orang-orang yang berkelayakan.

 

Turut hadir, Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Awang Haji Mohammad Alimin bin Haji Abdul Wahab; pegawai-pegawai dari Pejabat DBM, ibu bapa pelajar-pelajar yang diraikan.

 

130616 ARIF4 PAKISTAN

PEMANGKU Pesuruhjaya Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey  menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar istimewa pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Derma yang berlangsung di Dewan Muhibbah, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

 

Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam merupakan sebuah organisasi amal bukan kerajaan dan tidak berdasarkan kepada keuntungan yang berperanan untuk mendidik, melatih, memeduli dan memberikan perkhidmatan latihan dan pemulihan anggota serta memberikan penjagaan seta perkhidmatan 'physiotherapy' kepada kanak-kanak istimewa di negara ini khususnya kepada insan-insan istimewa di pusat ini.

 

Pembinaan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang terletak di Kampung Bengkurong ini siap dibina pada bulan April 1999.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54