Home > Bahasa Melayu
Kementerian Pertahanan Bertahlil di Kubah Makam Diraja
PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah hadir di Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Arwah di Kubah Makam Diraja. | FOTO: PELITA BRUNEI ()
June 14th, 2016 | 09:14 AM | 2478 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Isnin, 13 Jun. - Ramadan memberikan kita kesempatan untuk mempertingkatkan amalan bagi memperolehi keredaan Allah Subhanahu Wata'ala, terutama dengan memperbanyakkan amal ibadah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Dalam kita merebut segala peluang yang Allah Subhanahu Wata'ala sediakan pada bulan ini, Kementerian Pertahanan mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Arwah di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, di sini.
Majlis adalah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.
Hadir pada majlis itu, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.
ANTARA yang hadir pada Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Arwah di Kubah Makam Diraja.
Lebih 200 orang hadir, terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, komandan-komandan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JA'MAAT), Mejar Ariffin bin Amit.
Sementara itu, Unit-unit Angkatan Tentera ABDB juga mengadakan Majlis Bertahlil yang sama secara berasingan dan diketuai oleh Pemerintah-pemerintah Tentera masing-masing.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]