FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JPM Teruskan Majlis Bertadarus Bulan Ramadan


MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar dan Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) di JPM, Awang Yahya bin Haji Idris antara yang hadir pada Majlis Tadarus tersebut. | FOTO: PELITA BRUNEI (Hamzah Mohidin)

 


 June 14th, 2016  |  09:16 AM  |   1542 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 13 Jun. - Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini meneruskan lagi Majlis Tadarus sempena bulan Ramadan bagi Tahun 1437 Hijrah /2016 Masihi bertempat di Masjid Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Kampung Mulaut.

 

Majlis Tadarus ini dikelolakan bersama oleh Jabatan Mufti Kerajaan; Bahagian Media dan Kabinet, JPM; Jabatan Keselamatan Dalam Negeri; dan Jabatan Radio Televisyen Brunei dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Hadir pada majlis tersebut ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar dan Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) di JPM, Awang Yahya bin Haji Idris.

 

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya serta para penduduk Kampung Mulaut dan sekitarnya.

 

 130616 HAMZAH JPM2

MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menyampaikan sumbangan wakaf berupa perkakas keperluan masjid kepada Imam Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

 

Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa perkakas keperluan masjid iaitu dua buah 'vacuum cleaner', empat buah 'water dispenser' dan 16 gulung sejadah yang disampaikan oleh Mufti Kerajaan kepada Imam Masjid Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Acara diteruskan dengan bacaan Surah Al-Faatihah dan disusuli dengan bacaan Al-Quran dari Juzuk 16 hingga Juzuk 30 dan diikuti dengan bacaan Tahlil Arwah dan Doa Selamat.

 

Majlis kemudiannya diikuti dengan berbuka puasa serta Solat Fardu Maghrib Berjemaah.

 

Acara-acara keagamaan seumpama ini akan terus diadakan sepanjang bulan Ramadan bagi sama-sama menghidupkan bulan yang mulia ini dan untuk merebut ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Majlis Bertadarus JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya akan diteruskan lagi pada hari Selasa iaitu 14 Jun 2016 di Masjid Universiti Brunei Darussalam.

 

Manakala majlis kemuncak iaitu Majlis Khatam Al-Quran bagi JPM akan diadakan pada hari Isnin iaitu 20 Jun 2016 di Masjid Ash-Shaliheen, JPM.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10