FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Kembara Ramadan KKBS bagi Daerah Tutong


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyaksikan penyerahan sumbangan yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil kepada penerima di Kampung Bukit Beruang. | FOTO: PELITA BRUNEI (Hernie Suliana Haji Othman)

 


 June 16th, 2016  |  09:53 AM  |   1468 views

TUTONG

 

Rabu, 15 Jun. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan Program Kembara Ramadan Tahun 1437 Hijrah bagi Daerah Tutong, iaitu Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran Belia dan diselajurkan dengan Program Sumbangan Amal Bulan Ramadan bagi Daerah Tutong kepada orang yang memerlukan bantuan termasuk ibu tunggal, warga emas dan orang berkeperluan khas.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi kedua acara berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran Bulan Ramadan Belia adalah merupakan salah satu projek tahunan KKBS bersempena dengan bulan Ramadan yang mubarak. Sejak program ini dianjurkan pada 2003, ia telah melibatkan banyak pihak yang berkaitan dengan ehwal belia di keempat-empat daerah, termasuk agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan belia dan tidak ketinggalan golongan belia sendiri.

 

Acara yang berlangsung di Masjid Perpindahan Kampung Bukit Beruang Tutong itu melibatkan seramai 200 belia Daerah Tutong yang terdiri daripada ahli jawatankuasa takmir masjid, persatuan-persatuan belia di Daerah Tutong, Kumpulan Belia Masjid, penuntut-penuntut sekolah menengah, penuntut-penuntut pusat tingkatan enam, penuntut-penuntut Ma'had Islam Brunei dan penduduk kampung.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan tadarus Al-Quran beramai-ramai oleh para belia dan seterusnya diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran dan bacaan Takhtim Al-Quran disusuli dengan bacaan Doa Khatam dan Dikir Marhaban.

 

Bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Imam Masjid Perpindahan Kampung Bukit Beruang dan seterusnya menunaikan Solat Fardu Zuhur Berjemaah.

 

Antara lain tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan di samping untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia serta untuk menyemarakkan bulan Ramadan dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran.

 

Majlis juga diharap akan dapat meningkatkan lagi penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan yang sudah setentunya berupaya menjadi benteng buat generasi belia dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

 

Sejurus selesai Solat Fardu Zuhur Berjemaah, majlis diteruskan dengan Program Sumbangan Amal Bulan Ramadan bagi Daerah Tutong.

 

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berserta rombongan mula-mula berkunjung ke rumah keluarga pertama di Kampung Bukit Beruang, Tutong bagi menyampaikan sumbangan amal bulan Ramadan 1437 Hijrah.

 

Sumbangan yang berupa hamper Hari Raya dan barang-barang keperluan harian lainnya bertujuan untuk membantu dan meringankan beban orang susah, warga emas dan orang berkeperluan khas bagi memberikan kegembiraan kepada mereka agar sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti dengan penuh keriangan dan kesyukuran.

 

Rombongan kemudiannya meneruskan kembara amal ke beberapa buah rumah lagi bertempat di Kampung Long Mayan dan Kampung Kebia.

 

Turut menyampaikan sumbangan ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

 

Rombongan juga disertai oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KKBS; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54