FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


TLDB Raikan Ulang Tahun Ke-51


PEMERINTAH TLDB, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad antara yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran serta Sembahyang Zuhur Berjemaah yang diadakan di surau TLDB diketuai oleh imam TLDB, Awang Mohammad Khairol Azmi bin Haji Salleh.

 


 June 16th, 2016  |  09:59 AM  |   3184 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 15 Jun. - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini menyambut Ulang Tahun Ke-51 dengan menganjurkan acara keagamaan sempena dengan bulan Ramadan yang mulia.

 

Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan, Majlis Tahlil untuk Ayandanda dan Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman diadakan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

 

PR MINDEF TAHLIL 7

SUASANA tahlil TLDB di Kubah Makam Diraja sempena Ulang Tahun Ke-51 Penubuhannya. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil oleh Pegawai Operasi Jamaat ABDB, Kapten Narulismandy bin Haji Samaih.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil oleh Pegawai Operasi Jamaat ABDB, Kapten Narulismandy bin Haji Samaih.

 

Majlis juga diadakan untuk mengenang sumbangan bersejarah Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dalam pembentukan TLDB pada 14 Jun 1965 yang ketika itu dikenali sebagai Seksyen Perahu, Rejimen Askar Melayu Diraja Brunei (AMDB).

 

PR MINDEF TAHLIL 1

PEGAWAI-pegawai kanan TLDB ketika membaca doa.

 

Majlis diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran serta Sembahyang Zuhur Berjemaah yang diadakan di Surau TLDB diketuai oleh imam TLDB, Awang Mohammad Khairol Azmi bin Haji Salleh.

 

Hadir pada majlis-majlis berkenaan, Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, pegawai-pegawai kanan, pegawai serta anggota TLDB.

 

PR MINDEF TAHLIL 6

ANTARA pegawai-pegawai dan anggota-anggota yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran serta Sembahyang Zuhur Berjemaah yang diadakan di surau TLDB.

 

Majlis tersebut merupakan antara aktiviti keagamaan TLDB yang dijalankan secara berasingan setiap tahun pada ulang tahunnya.

 

Walau bagaimanapun, dengan mengambil peluang bulan Ramadan, kedua-dua majlis telah diadakan serentak untuk memeriahkan bulan istimewa dan mengukuhkan hubungan di antara pegawai serta anggota TLDB juga untuk mendapatkan rahmat dan ganjaran daripada Allah Subhannahu Wata'ala.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Pertahanan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17