FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sesi dialog platform memperbaiki ekosistem perniagaan semasa negara


Antara yang hadir pada sesi dialog ialah Setiausaha Tetap (Perindustrian) di JPM, Awang Adi Samsul bin Haji Sabli dan Setiausaha Tetap, KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof. | Foto: Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali

 


 March 31st, 2016  |  11:33 AM  |   3530 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 30 Mac. - Sebagai langkah untuk terus memperbaiki dan memajukan para pengusaha untuk berkongsi masalah yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan di negara ini, Darussalam Enterprise (DARe) telah mengadakan sesi dialog bersama para pengusaha, vendor, usahawan dan individu yang berminat bertempat di Tingkat 1, Auditorium Bangunan Design & Technology, Taman Teknologi Desa Anggerek di sini.

 

 

Semasa sesi dialog, beberapa taklimat juga telah disampaikan oleh tiga ahli panel iaitu Pengurus DARe, Dayangku Hajah Siti Normardinah binti Pengiran Haji Omarali yang antara lain menjelaskan tentang fungsi dan matlamat DARe serta perkhidmatan yang diberikan oleh DARe kepada para pengusaha dan bagaimana DARe boleh membantu mereka.

 

Sementara itu, Ketua Unit Ease of Doing Business (EODB) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awangku Abdul Aziz bin Pengiran Haji Ali pula menjelaskan mengenai dengan proses memulakan perniagaan di Negara Brunei Darussalam.

 

Manakala Pegawai dari Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Md. Hadilah bin Haji Manaf menjelaskan mengenai dengan tatacara permohonan sijil halal dan label halal.

 

Antara yang hadir semasa sesi dialog ini, Setiausaha Tetap (Perindustrian) di JPM, Awang Adi Samsul bin Haji Sabli dan Setiausaha Tetap, KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.

 

Lebih daripada 50 orang mewakili syarikat, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan khususnya di dalam industri makanan halal termasuk orang perseorangan menghadiri sesi dialog yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengumpul semua isu-isu berkaitan dengan perniagaan, cadangan atau pertanyaan daripada perusahaan sejak Januari 2016.

 

Sesi dialog seumpama ini boleh dijadikan platform untuk membolehkan para pengusaha berkongsi secara terbuka dan memberi cadangan tentang bagaimana untuk memperbaiki ekosistem perniagaan semasa di negara ini.

 

Pada akhir dialog tersebut, satu sesi soal jawab telah diadakan bersama para panel.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19