FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ekspo Kebudayaan dan Makanan 2016'BIMP-EAGA': Galakkan pembangunan ekonomi serantau


Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa merasmikan Ekspo Kebudayaan dan Makanan 2016 ‘Flavours BIMP-EAGA and Beyond: Culture and Food Expo 2016’. | Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 March 31st, 2016  |  11:35 AM  |   3995 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 30 Mac. - Ekspo Kebudayaan dan Makanan 2016 'Flavours BIMP-EAGA and Beyond: Culture and Food Expo 2016' yang bermula hari ini sehingga 3 April 2016 menawarkan pelbagai pameran budaya dan makanan serta koleksi-koleksi hebat pengusaha-pengusaha dari seluruh rantau BIMP-EAGA.

 

 

Acara yang berlangsung di Airport Mall, Berakas itu disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong.

 

Pameran Multikultur yang dianjurkan oleh Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Brunei Darussalam (The Brunei Darussalam – BIMP-EAGA Business Council) iaitu kerjasama ekonomi sub-serantau antara Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan menyeronokkan serta jualan koleksi hebat dari penjual-penjual dari seluruh rantau BIMP-EAGA.

 

Sejurus pelancaran eskpo, tetamu kehormat juga merasmikan sebuah buku masakan bertajuk 'Spice of Life: Recipes and Remedies' yang mengandungi lebih dari 80 resepi menggunakan pelbagai herba dan rempah yang mudah didapati di samping penerangan lebih daripada 50 jenis tumbuh-tumbuhan herba dan bagaimana untuk menggunakannya.

 

Antara acara-acara yang diadakan ialah pameran cara 'Menumpah ambuyat' dari Restoran Aminah Arif, demonstrasi hidangan dari restoran-restoran yang menyertai, pameran Majlis 'Berbedak' dari Zella Boutique Bridal serta demonstrasi cara 'Ikatan Sinjang ' dan ' Lipatan Tanjak' dari The MCYS.

 

Ekspo ini turut menampilkan persembahan kebudayaan daripada empat ahli negara BIMP-EAGA yang mempamerkan tarian tradisional, lagu, permainan termasuk demonstrasi masakan dari chef terkenal dari beberapa restoran antaranya The Royal Brunei Catering Sendirian Berhad, Soriso Restoran, Energy Kitchen, High Frequency, Star Lodge Hotel Restaurant serta demonstrasi masakan khas di mana para penonton yang hadir juga dapat belajar dan menikmati hidangan yang disediakan.

 

Juga diadakan ialah pertandingan memasak bagi penyertaan orang ramai dan menguji kemahiran masing-masing.

 

Terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan disediakan untuk para pengunjung yang hadir di sepanjang berlangsungnya ekspo termasuk kanak-kanak hingga peringkat dewasa di mana Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan pertandingan melukis untuk kanak-kanak, manakala Persatuan Siswazah Wanita (PSW) Negara Brunei Darussalam dan Matadoe Café telah bekerjasama untuk mengadakan Pertandingan Mewarna untuk wanita sahaja bagi menggalakkan konsep terapi seni.

 

Tujuan utama ekspo adalah untuk menggalakkan pertukaran budaya antara negara-negara BIMP-EAGA serta berkongsi beberapa aspek budaya tradisional dan makanan daripada etnik-etnik kawasan BIMP-EAGA dan pada masa yang sama berkhidmat sebagai batu loncatan untuk menggalakkan lagi pembangunan ekonomi di rantau ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Nurul Husnina Nadia Johari

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54