FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Islam Galakan Umat Hidup Saling Bantu-Membantu


PEMANGKU Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri menyampaikan sumbangan derma berupa barang-barang keperluan harian kepada penerima.

 


 June 23rd, 2016  |  09:35 AM  |   1816 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 22 Jun. - Islam adalah agama yang mementingkan hubungan yang baik dalam kalangan umatnya sehingga dengannya dapat menjadikan umat Islam sebagai umat yang kuat dan bersatu padu.

 

Umat Islam diseru untuk hidup saling bantu-membantu dan tolong-menolong kerana dengan cara demikian akan dapat menimbulkan perasaan hormat-menghormati dan sayang-menyayangi tanpa mengira keluarga, kaum kerabat, rakan, jiran mahupun orang yang tidak dikenali.

 

Salah satu cara untuk melaksanakan konsep tolong-menolong atau bantu-membantu ialah dengan amalan bersedekah.

 

Sehubungan itu, dua orang dari kalangan fakir miskin, masing-masing dari Kampung Anggerek Desa iaitu Dayang Siti Aminah binti Othman dan Awang Ruslan bin Haji Mat Samat dari Kampung Lambak Kanan telah menerima sumbangan derma berupa barang-barang keperluan harian yang disampaikan di kediaman mereka.

 

220616 PR SHALIHEEN-2

PEMANGKU Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri menyampaikan sumbangan derma berupa barang-barang keperluan harian kepada penerima.

 

Sumbangan derma tersebut adalah merupakan sumbangan daripada orang ramai dan ia diungkayahkan oleh Kumpulan Belia Masjid Ash-Shaliheen.

 

Mengetuai rombongan pada majlis tersebut dan menyampaikan sumbangan derma tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

 

Turut sama dalam rombongan tersebut ialah pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Ash-Shaliheen dan Kumpulan Belia Masjid Ash-Shaliheen.

 

Majlis Sumbangan Derma yang diadakan adalah merupakan salah satu usaha dalam membantu meringankan bebanan fakir miskin.

 

Di samping itu, program kerjasama yang dirancang diharapkan akan menanamkan sifat bantu- membantu dalam kalangan pegawai masjid dan ahli jawatankuasa takmir serta jemaah dan para belia dalam menjaga kemaslahatan masyarakat sekali gus mewujudkan hubungan silaturahim dan ukhuwah sesama umat Islam dan perpaduan sejagat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Hal Ehwal Ugama

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12