FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Al-Quran Penawar, Ubat Rohani dan Jasmani


KEBAWAH DYMM berkenan menyempurnakan Penyampaian hadiah kepada Johan Kategori 'A', Awang Mohd. Nurhidayatullah Al-Mukmin bin Awang Rosnan. | FOTO: INFOFOTO (Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin & Muhammad Asri Haji Awang Abas)

 


 June 23rd, 2016  |  09:43 AM  |   2820 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 22 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1437 Hijrah serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Kerja yang lain.

 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1437 Hijrah.

 

Dalam sembah alu-aluannya, Yang Berhormat antara lain menyembahkan bahawa Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran ini diungkayahkan bersama dengan Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga DST.

 

Yang Berhormat menjelaskan, usaha sama ini adalah proses berterusan dalam meningkat dan mengukuhkan kesepaduan unsur-unsur sektor awam dan sektor swasta dalam mensyi'arkan ugama rasmi negara, ugama Islam Mazhab Shafi'i menurut aliran Ahli Sunnah Wal-Jama'ah.

 

Seterusnya Yang Berhormat menyembahkan majlis berkenaan menyaksikan persembahan lima orang peserta terbaik daripada 25 orang yang telah bertanding di peringkat akhir.

 

Menurut Yang Berhormat, pada tahun ini seramai 209 orang telah menyertai Musabaqah Menghafal Al-Quran Berserta Pemahamannya.

 

Bilangan seramai lebih dua ratus orang itu katanya, adalah menandakan perkembangan yang baik bagi masa depan penghafalan dan pemahaman ayat-ayat Al-Quran.

 

Dua aspek ini katanya, iaitu menghafal dan memahami ayat-ayat Al-Quran adalah mustahak bagi menepati maksud firman Allah dalam Surah Sad ayat 29, yang menekankan bahawa kitab Al-Quran yang berkeberkatan itu diturunkan-Nya supaya difahami ayat-ayatnya dan supaya diambil pengajaran daripadanya.

 

"Kita menaruh harapan perkembangan ke arah pemahaman isi kandungan Al-Quran itu dengan berbagai program dan skim seperti yang telah dan sedang diusahakan oleh pihak-pihak berkenaan dalam Kerajaan Kebawah DYMM, antaranya ialah melalui Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah," jelas Yang Berhormat.

 

Skim yang telah diperkenalkan dalam tahun 2008 itu ujar Yang Berhormat, telah diaktifkan semula pada bulan April tahun ini.

 

"Insyaa Allah skim berkenaan akan dipantau dan dinilai perkembangan serta keberkesanannya supaya lebih terbuka luas kepada orang ramai mengikutinya," sembah Yang Berhormat.

 

Majlis diteruskan dengan pengurniaan titah Kebawah DYMM.

 

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara tahun ini diserikan lagi dengan Ceramah Tafsir bertajuk "Al-Quran Penawar dan Ubat Bagi Rohani dan Jasmani" yang disampaikan oleh Penolong Ra'es, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Abang Hadzmin bin Abang Haji Taha.

 

Ini diikuti dengan permakluman keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah dibacakan oleh Pengarah Hal Ehwal Masjid selaku Pengerusi Jemaah Hakim, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh.

 

Sejurus selepas permakluman keputusan tersebut, majlis diikuti dengan Persembahan Hafazan Berserta Pemahamannya dari Peserta Terbaik Musabaqah.

 

Kebawah DYMM berkenan menganugerahkan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah.

 

Bagi memohon berkat dan rahmat di majlis yang berkebajikan ini, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

 

Tema Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah ialah "Al-Quran Penawar dan Ubat Bagi Rohani dan Jasmani".

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54