FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


32 Keluarga Terima Sumbangan Sempena Bulan Ramadhan


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB semasa menyerahkan sumbangan kepada Awang Haji Durahman bin Haji Mat Yassin.

 


 June 25th, 2016  |  10:22 AM  |   1583 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 24 Jun. - Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) melalui projek amalnya terus menghulurkan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan sebagai hasrat bagi membantu menyediakan keperluan terutamanya menjelang hari raya yang bakal tiba nanti.

 

Sehubungan itu pagi tadi, sejumlah 32 buah keluarga di sekitar Daerah Brunei dan Muara menerima sumbangan masing-masing melalui projek amal berkenaan.

 

240616 AMIRUL YSHHB-1

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB semasa menyerahkan sumbangan kepada Pengiran Saiful Fauzil bin Pengiran Metassan.

 

Penyerahan bantuan berjumlah BND42,566.76 ribu itu diagihkan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Salah seorang penerima, Awang Anak bin Darahman, 63, semasa ditemui melahirkan rasa sangat bersyukur atas sumbangan yang dihulurkan pihak YSHHB kepada keluarganya bersempena bulan yang penuh berkah ini.

 

240616 AMIRUL YSHHB-5

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB  semasa menyerahkan sumbangan kepada Awang Anak bin Darahman.

 

"Saya dan anak-anak saya sangat berterima kasih dan gembira dengan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan kami sekeluarga dan akan digunakan secara berhemat sepanjang bulan puasa dan menjelang Aidilfitri nanti.

 

Kami menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas bantuan yang diberikan dan semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan membalas jasa baik yang diberikan kepada kami dengan ganjaran pahala berlipat ganda pada bulan yang suci ini," katanya.

 

240616 AMIRUL YSHHB-4

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB semasa menyerahkan sumbangan kepada Awang Abu Bakar @ Jaini bin Haji Durahman.

 

Projek amal menghulurkan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan ini bertujuan untuk membantu keluarga tersebut dalam menyediakan keperluan keluarga pada bulan Ramadan supaya mereka dapat menjalankan ibadah puasa dengan selesa dan sempurna.

 

Projek amal itu juga disertai oleh Persatuan Pacuan Empat Roda Negara Brunei Darussalam.

 

Penubuhan YSHHB sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat, di samping menjadi pembentukan masyarakat di negara ini dalam keadaan makmur dan sejahtera.

 

240616 AMIRUL YSHHB-6

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB  semasa menyerahkan sumbangan kepada Dayang Norashikin binti Darahman.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16