Home > Bahasa Melayu
Pejabat Penerbangan Kebawah DYMM bertahlil di Kubah Makam Diraja
PEMANGKU Pengarah Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Mejar (U) Haji Mohammad Rahimin bin Haji Ismail mengetuai rombongan bertahlil di Kubah Makam Diraja.
June 26th, 2016 | 10:49 AM | 4000 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sabtu, 25 Jun. - Rombongan Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pagi tadi telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena bulan Ramadan di Kubah Makam Diraja, di sini.
Mengetuai rombongan tersebut ialah Pemangku Pengarah Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Mejar (U) Haji Mohammad Rahimin bin Haji Ismail berserta pegawai dan kakitangan Pejabat Penerbangan Kebawah DYMM.
WARGA Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang hadir pada Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Arwah di Kubah Makam Diraja.
Bacaan Surah Yaa Siin dipimpin oleh Imam Masjid Mohammed Bolkiah, Kampung Serusop, Awang Haji Muslim bin Haji Abd. Razak yang seterusnya memimpin bacaan Tahlil dan Doa Arwah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Mohamad Azmi Awang Damit
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]