FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Asnaf Fakir Miskin Terima Agihan Wang Zakat


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menyampaikan agihan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin kepada salah seorang penerima di kawasan berkenaan. | PHOTO: COURTESY OF PELITA BRUNEI ( Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 June 26th, 2016  |  10:57 AM  |   2156 views

MUARA

 

Sabtu, 25 Jun. - Agihan Wang Zakat berjumlah BND73,400 diagihkan kepada seramai 176 penerima Asnaf Fakir Miskin bagi menampung perbelanjaan lebaran Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

 

Pengagihan yang diambil dari peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin itu diberikan kepada mereka yang terpilih di bawah Mukim Serasa dan sekitarnya yang terdiri daripada 30 ketua keluarga dengan menerima BND500 setiap seorang dan BND400 seorang bagi tanggungan di bawahnya.

 

250616 AMIRUL4 KHATAM

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji  Othman semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran Pegawai dan Kakitangan Lelaki Warga KHEU bagi tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi.

250616 AMIRUL5 KHATAM

 

Penyampaian agihan wang zakat yang berlangsung di Masjid Setia Pekan Muara di sini disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

 

Pengagihan tersebut diadakan sempena Majlis Khatam Al-Quran Rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama sendiri yang juga memulakan bacaan Ummul Kitab, Surah Al-Fatihah.

 

250616 AMIRUL3 KHATAM

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji  Othman menyampaikan agihan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin  kepada salah seorang penerima di kawasan berkenaan.

250616 AMIRUL1 KHATAM

 

Majlis Khatam Al-Quran diikuti dengan bacaan Takhtim beramai-ramai dipimpin oleh pegawai-pegawai masjid dan diteruskan dengan Tahlil dan doa yang dikepalai oleh Imam masjid berkenaan, Awang Rosli bin Haji Ladis, disusuli dengan bacaan Doa Khatam dari Ketua Imam masjid itu, Pengiran Haji Rosman bin Pengiran Shahbudin sementara Doa Allah Peliharakan Sultan dibacakan oleh Awang Nasehin bin Haji Yahya.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, pegawai-pegawai kanan serta para pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

 

250616 AMIRUL6 KHATAM

PENERIMA  Asnaf Fakir Miskin, Awang Haji Hidup bin Judin.

 

Salah seorang penerima, Awang Haji Hidup bin Judin, 63, melahirkan syukur dan sangat berterima kasih atas agihan yang disampaikan dan sedikit sebanyak meringankan bebannya menyara enam orang tanggungan di bawah jagaannya.

 

Warga emas dari Rancangan Perumahan Negara (RPN) Tanah Jambu itu berkata, dengan adanya pemberian wang agihan itu, mereka merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan berjimat memandangkan kenaikan harga barang sekarang ini.

 

250616 AMIRUL7 KHATAM

PENERIMA  Asnaf Fakir Miskin, Dayang Sitia Jarah binti Sahari.

 

Sementara Dayang Sitia Jarah binti Sahari, 42, juga dari RPN yang sama menyatakan wang agihan tersebut akan digunakan secara berhemah dan bijak dalam menguruskan perbelanjaan harian terutama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

 

Beliau yang menerima bagi mewakili suaminya yang bekerja di sektor swasta itu juga melahirkan hasratnya untuk menabung wang yang diterima demi kegunaan masa akan datang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53