FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persatuan PERTIWI anjur Majlis Khatam Al-Quran


Yang Dipertua Persatuan Pertiwi, Datin Dayang Hajah Siti Hajar binti Haji Mohd. Yusof (tengah) antara yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran Persatuan Pertiwi di Masjid Mohammed Bolkiah, Kampung Serusop Berakas. | Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 June 27th, 2016  |  09:22 AM  |   2804 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 26 Jun. - Umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan bagi menyemarakkan bulan suci Ramadan untuk mengumpul ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Di samping memperbanyakkan sedekah dan sebagainya, pelbagai pihak giat mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang menandakan berakhirnya Majlis-majlis Tadarus Al-Quran.

 

Sehubungan itu, Persatuan PERTIWI Negara Brunei Darussalam adalah antara persatuan bukan kerajaan yang menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop di sini.

 

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Yang Dipertua persatuan tersebut, Datin Siti Hajar binti Pehin Dato Haji Mohd. Yussof dan diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran, bacaan Tahlil serta Doa Selamat yang dipimpin oleh salah seorang ahli persatuan, Ustazah Hajah Fatimah binti Haji Ahmad.

 

Majlis Tadarus Al-Quran Persatuan PERTIWI telah bermula pada 10 Jun lalu di kediaman Datin Paduka Dayang Hajah Jusnani binti Haji Lawie, Kampung Lambak Kiri dan seterusnya diadakan di rumah-rumah kediaman ahli persatuan.

 

Juga hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa persatuan berkenaan.

 

Acara seumpama ini merupakan kegiatan tahunan persatuan tersebut bagi menyemarakkan bulan suci Ramadan selain mendekatkan diri dengan Al-Quran serta mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli persatuan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53