Home > Bahasa Melayu
POLSARA bertahlil di Kubah Makam Diraja
Majlis dihadiri oleh mantan-mantan Pesuruhjaya Polis yang juga selaku Penasihat POLSARA, Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Awang Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Awang Zainal; Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu dan Dato Paduka Seri Haji Abd. Rahman bin Besar. | Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas
June 27th, 2016 | 09:23 AM | 1983 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Ahad, 26 Jun. - Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil masih giat dikendalikan oleh pelbagai pihak di bulan Ramadan Al-Mubarak ini.
Antara yang menganjurkan majlis seumpamanya bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja di sini ialah Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei Yang Bersara (POLSARA).
Mengetuai rombongan seramai 60 Ahli POLSARA itu ialah Yang Di-Pertua POLSARA, Superintendan (B) Pengiran Dato Paduka Awang Haji Salim bin Haji Wahid.
Juga hadir, mantan-mantan Pesuruhjaya Polis yang juga selaku Penasihat POLSARA, Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Awang Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Awang Zainal; Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu dan Dato Paduka Seri Haji Abd. Rahman bin Besar.
Bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan doa dipimpin oleh Awang Muhammad Runy bin Metali.
POLSARA yang kini menjangkau 26 tahun penubuhannya mempunyai kira-kira 146 ahli yang terdiri daripada bekas-bekas para pegawai dan anggota yang pernah berkhidmat dari Pasukan Polis Diraja Brunei.
Sejak penubuhannya, POLSARA aktif dengan pelbagai aktiviti termasuk menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan negara setiap tahun, junjung ziarah Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]