FacebookInstagramTwitterContact

 

You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>           Japan Make Hard Work Of Qatar Victory But Remain On Course For Olympic Berth           >>           Wrexham To Face Bournemouth And Whitecaps On 'Wrex Coast Tour'           >>           Columbus Crew Beat Monterrey In Champions Cup Semis First Leg           >>           New Premier League Record Set For Most Goals In A Season           >>           Arne Slot 'Could Be A Liverpool Coach' - Virgil Van Dijk           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


5,618 Lagi Menerima Kurnia Peribadi


YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah DYMM di Dewan Resepsi, Istana Nurul Iman. | FOTO: INFOFOTO (Mohammad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Hamzah Mohiddin, Hernie Suliana Haji Othman)

 


 June 30th, 2016  |  08:52 AM  |   3552 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 29 Jun. – Sejumlah 11,865 penerima yang terdiri dari golongan-golongan tertentu menerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah / 2016 Masihi bagi Daerah Brunei Muara.

 

Dari jumlah tersebut, seramai 5,618 menerima kurnia peribadi baginda pada hari kedua bagi Daerah Brunei dan Muara yang terdiri dari golongan Orang Berkeperluan Khas (OBK), anak-anak yatim, Penerima Bantuan Kebajikan Bulanan dan Penerima Bantuan Majlis Ugama Islam Brunei dalam majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

 

 290616 MASRI11 D

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah berkenan menyempurnakan penyampaian kurnia peribadi Kebawah DYMM sempena Hari Raya Aidilfitri 1437H/2016M bagi Daerah Brunei Muara.

 

Majlis penyampaian kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Istana Nurul Iman disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku wakil peribadi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

 290616 AZMI4 B

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah semasa berangkat di Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda  Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Raya Aidilfitri 1437H/2016M bagi Daerah Brunei Muara.

 

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah di Dewan Resepsi dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

 

 HAMZAH KURNIA KDYMM 9

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah menyampaikan Kurnia Peribadi Kebawah DYMM kepada golongan tertentu.

 

Manakala di Baitur Rahmah, keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

 

 290616 AZMI17 B

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berangkat  selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menyempurnakan kurnia.

 

Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Keperibadian tulus seorang raja yang sentiasa mengambil berat kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta penduduk Negara Brunei Darussalam khususnya golongan-golongan tertentu setentunya dapat meringankan dan memberi bantuan lebih-lebih lagi dalam mana umat Islam akan menyambut ketibaan Syawal nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54