Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM Berkenan Hantar Titah Perutusan Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Rodrigo Duterte berikutan dengan pelantikannya sebagai Presiden Republik Filipina yang ke-16, pada 30 Jun.
July 1st, 2016 | 12:14 PM | 1824 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 30 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Rodrigo Duterte berikutan dengan pelantikannya sebagai Presiden Republik Filipina yang ke-16.
Dalam titah perutusan kepada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Rodrigo Duterte itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap semoga TYT meraih kejayaan dalam jawatannya yang baharu itu dan seterusnya berharap akan dapat bekerja rapat dengan TYT dalam meningkatkan lagi hubungan yang sangat bernilai yang sekian lama dinikmati oleh kedua-dua buah negara, baik secara dula hala mahupun sebagai rakan dalam ASEAN.
Pada mengakhiri titah perutusan baginda itu, baginda menyampaikan salam muhibah kepada TYT.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Siaran Akhbar
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]