Home > Bahasa Melayu
NBD bertukar wajah sambut ulang tahun hari keputeraan
BENDERA hiasan dan 'banner' sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70, Tahun 2016 mewarnai Bandar Seri Begawan yang dalam persiapan terakhir sebelum menjelang 15 Julai. | FOTO:PELITA BRUNEI (Hernie Suliana Haji Othman)
July 12th, 2016 | 09:43 AM | 1270 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Isnin, 11 Julai. - Suasana persiapan bagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-70 bagi Tahun 2016 kini giat dilaksanakan.
Seluruh rakyat dan penduduk di negara ini tidak sabar menanti sambutan perayaan di samping untuk menzahirkan rasa kesyukuran.
Bagi menyemarakkan dan menceriakan suasana sambutan perayaan tersebut, Negara Brunei Darussalam kini mula bertukar wajah di keempat-empat daerah, yang mana ia telah dihias indah dengan pintu-pintu gerbang dan kain rentang yang cukup menarik.
KELIHATAN pekerja-pekerja memberikan sentuhan akhir bagi menghiasi Bandar Seri Begawan dengan bendera-bendera dan "banner" menjelang Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70, Tahun 2016.
Sementara pada waktu malam pula, ibu negara dan pekan-pekan di daerah yang lain turut bermandikan cahaya lampu-lampu cucul yang berkelipan dengan penuh warna-warni.
Premis-premis bangunan dan persekitarannya termasuk kedai-kedai juga dihias indah dengan pintu-pintu gerbang dan bendera-bendera Negara Brunei Darussalam.
Keindahan di sekitar jalan raya utama di ibu negara, Kuala Belait dan Pekan Seria, Pekan Tutong serta Pekan Bangar turut mempersonakan dan menjadi tarikan para pelancong dari luar negara yang datang ke negara ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]