Home > Bahasa Melayu
Doa Kesyukuran Sempena 10 Tahun Pengkorporatan TelBru
TIMBALAN Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah yang juga selaku Pengerusi TelBru menyampaikan barang wakaf kepada Ketua Imam Masjid Kampung Menteri, Awang Haji Makshud bin Haji Malik. | FOTO: PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
April 2nd, 2016 | 10:41 AM | 2942 views
MENTIRI
Jumaat, 1 April. - Telekom Brunei Berhad (TelBru) hari ini meraikan ulang tahun ke-10 sejak pengkorporatannya pada tahun 2006 yang lalu.
Sehubungan itu, Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Ulang Tahun Ke-10 itu diadakan petang tadi di Masjid Kampung Mentiri, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah yang juga selaku Pengerusi TelBru.
Majlis berkebajikan itu dimulai dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil yang diketuai oleh Awang Haji Tohara bin Haji Ongsang manakala Doa Kesyukuran dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid yang juga Ketua Imam masjid itu, Awang Haji Makshud bin Haji Malik.
TIMBALAN Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah (tengah) hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.
Sempena sambutan kali ini, TelBru juga mewakafkan beberapa barangan wakaf bagi keperluan dan kegunaan masjid berkenaan seperti komputer riba, 'projektor', 'bagpack blower' dan seunit alat penghawa dingin Split 2.0HP.
Juga hadir ialah ahli-ahli lembaga pengarah, pegawai pengurusan dan kakitangan TelBru.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]