FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Menteri Pembangunan hadiri SIWW di Singapura


Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah bergambar ramai bersama ahli-ahli negara ASEAN bersama dengan wakil dari Republik Rakyat China, Korea dan Jepun. | Foto : Kementerian Pembangunan

 


 July 13th, 2016  |  10:26 AM  |   1286 views

REPUBLIK SINGAPURA

 

Selasa, 12 Julai. - Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah baru-baru ini telah menghadiri Minggu Air Antarabangsa Singapura (SIWW) di Republik Singapura pada 10 hingga 12 Julai 2016.

 

SIWW yang dianjurkan setiap dua tahun sekali ini adalah sebagai platform global bagi berkongsi dan membina kaedah inovatif bagi masalah air.

 

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam.

 

Acara tersebut telah mengumpulkan para Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kanan daripada 35 buah negara dan pihak-pihak berkepentingan dalam industri air dunia bagi mengongsikan amalan-amalan terbaik dan teknologi-teknologi terkini.

 

Semasa Persidangan SIWW dijalankan, Mesyuarat Ahli-Ahli Negara ASEAN bersama Republik Rakyat China, Republik Korea dan Jepun juga diadakan yang mana membincangkan strategi-strategi dan kerjasama dalam menghadapi isu-isu cabaran yang berkaitan dengan bekalan air dan sanitasi di serantau ini.

 

Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga telah mengadakan perjumpaan dua hala dengan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad.

 

Di antara perkara yang dibincangkan termasuk bagi menguatkan lagi kolaborasi dalam bidang yang berkaitan dengan bekalan air dan sanitasi di antara kedua-dua buah negara.

 

Selain itu, turut dibincangkan ialah usaha meningkatkan kapasiti profesional dan inovasi teknologi, meningkatkan kesediaan dan kemampanan bekalan air dan sanitasi untuk seluruh rakyat.

 

Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga menghadiri persidangan kemuncak 'Water Leader Summit', Pameran Inovasi dan Teknologi Air dan juga Majlis Penganugerahan berprestij 'Lee Kuan Yew Water Prize', di mana tetamu kehormat pada Majlis Penganugerahan tersebut ialah Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong.

 

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Siaran Akhbar Kementerian Pembangunan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19