FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bacaan Ratib Al-Attas sempena Hari Keputeraan


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa hadir pada Majlis Membaca Ratib Al-Attas di Surau Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. | FOTO: (Haji Ariffin Mohd. Noor )

 


 July 14th, 2016  |  12:03 PM  |   1882 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 13 Julai. - Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun petang tadi mengadakan Majlis Membaca Ratib Al-Attas di Surau Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).

 

Majlis Membaca Ratib Al-Attas adalah sempena persiapan Majlis Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke daerah-daerah bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di daerah-daerah.

 

 130716 ARIF KHEDN-1

MAJLIS dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa bin Haji Murat.\

 

Hadir pada majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun.

 

Majlis didahului dengan Sembahyang Sunat Hajat dan kemudian diikuti dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah dan seterusnya bacaan Ratib Al-Attas beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Tingkat I, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa bin Haji Murat.

 

 130716 ARIF KHEDN-3

SEMBAHYANG Fardu Asar turut diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa bin Haji Murat.

 

Majlis ini diadakan adalah bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala rahmat, nikmat, keselamatan, keberkatan, kesempurnaan dan kelancaran bagi majlis-majlis dan acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun 2016 yang akan diadakan di seluruh negara.

 

Turut hadir sama pada majlis berkenaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, selaku Penasihat Tertinggi Jawatankuasa Kebangsaan.

 

 130716 ARIF KHEDN-6

TURUT hadir ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan pengarah-pengarah dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Juga hadir, Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan; Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap kementerian-kementerian; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah, selaku Ahli Jawatankuasa Kebangsaan; Timbalan - Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN; Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; ketua-ketua jabatan; pegawai-pegawai kanan, timbalan-timbalan ketua jabatan di KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya serta para jemputan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53