Home > Bahasa Melayu
Berkenan Hantar Titah Perutusan Tahniah
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Francois Hollande serta kerajaan dan rakyat Perancis bersempena dengan Bastille Day. | FOTO: PELITA BRUNEI
July 14th, 2016 | 12:24 PM | 1719 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 14 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Francois Hollande serta kerajaan dan rakyat Perancis bersempena dengan Bastille Day.
Dalam titah perutusan kepada Presiden Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Francois Hollande itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan penghargaan yang tinggi terhadap persahabatan yang berharga dan kerjasama yang rapat di antara kedua-dua buah negara dan berharap untuk mengukuhkan lagi ikatan persahabatan yang penting sejak sekian lama ini di masa hadapan.
Baginda mengakhiri perutusan tersebut dengan menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama dan ucapan semoga gembira menyambut perayaan tersebut.
Source:
@BRUDIRECT.COM
by Siaran Akhbar
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]