Home > Bahasa Melayu
Enam Keluarga Terima Sumbangan YSHHB
PENGARAH Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail menyampaikan sumbangan bagi pihak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) kepada seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini berlangsung di Ibu Pejabat YSHHB Jalan Kumbang Pasang.
July 15th, 2016 | 12:26 PM | 1473 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 14 Julai. - Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) adalah sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Ia juga sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda, di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.
Sehubungan itu, seramai enam buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Sungai Kelugos, Lumapas dan Kampung Sungai Kebun baru-baru ini menerima sumbangan kewangan di Ibu Pejabat YSHHB, Jalan Kumbang Pasang, di sini.
PENGARAH Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail menyampaikan sumbangan bagi pihak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) kepada seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini berlangsung di Ibu Pejabat YSHHB Jalan Kumbang Pasang.
Sumbangan keseluruhan sejumlah BND27,900.00 disampaikan oleh Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail kepada Awang Amiruddin bin Haji Mumin, Awang Hamdan bin Haji Daud, Dayang Siti Jarah binti Haji Ering, Dayang Norsharizawati binti Mohd. Said, Awang Haji Md. Jaafar bin Haji Awang Ering dan Dayang Rosita binti Mohammad.
Salah satu tujuan YSSHB dalam bidang kebajikan tersebut adalah untuk memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka-mereka yang terlibat dalam musibah bencana rumah roboh dan kebakaran rumah.
Bantuan itu dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]