FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keputusan Britain keluar EU tidak jejas ekonomi negara


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan mengurniakan titah di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman. | INFOFOTO

 


 July 16th, 2016  |  09:10 AM  |   1097 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 15 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menarik perhatian permasalahan ekonomi baru-baru ini mengenai keputusan rakyat Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit.

 

Keputusan itu, titah baginda, telah menimbulkan rasa gusar di kalangan para pelabur kerana ia dilihat sebagai mampu untuk menjejaskan nilai pelaburan di bursa-bursa saham antarabangsa di samping ia juga turut mendatangkan risiko ke atas nilai mata wang negara berkenaan sendiri.

 

Dalam hubungan itu, titah baginda, Negara Brunei Darussalam sebagai negara yang juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa tidaklah terkecuali dari turut merasakan kesan keputusan tersebut.

 

Baginda juga melahirkan kesyukuran, dengan adanya dasar kerajaan melaksanakan pelaburan seimbang, maka risiko tersebut dapat kita tangani secara terurus.

 

"Beta penuh yakin, Kerajaan Britain dan antarabangsa adalah mampu untuk menangani pelbagai isu berpunca dari Brexit tersebut, berdasarkan, pengalaman yang luas semua pihak dalam mengatasi semua permasalahan yang ada," titah baginda pada Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena UIang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-70 Tahun yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

 

Brunei sendiri tegas baginda, akan terus menghargai hubungan dengan United Kingdom, khasnya hubungan perdagangan yang telah berjalan sekian lama itu. Kita akan tetap mengukuhkan hubungan ini untuk kebaikan bersama kedua-dua buah negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16