Home > Bahasa Melayu
Berkenan Menerima Mengadap
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan menerima mengadap Penasihat dan Utusan Khas Penjaga Dua Masjid Suci, Kerajaan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Raafat Al-Sabbagh. |FOTO: PELITA BRUNEI (Masri Osman)
July 17th, 2016 | 09:56 AM | 968 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sabtu, 16 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Penasihat dan Utusan Khas Penjaga Dua Masjid Suci, Kerajaan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Raafat Al-Sabbagh.
Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan menerima mengadap Penasihat dan Utusan Khas Penjaga Dua Masjid Suci, Kerajaan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Raafat Al-Sabbagh.
Mengiringi Tuan Yang Terutama di Majlis Mengadap tersebut ialah Charge D' Affaires (Timbalan Ketua Perwakilan), Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi di Negara Brunei Darussalam, Tuan Hussain Mohammed M. Al-Dajani.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.
Source:
@BRUDIRECT.COM
by Saerah Haji Abdul Ghani
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]