Home > Bahasa Melayu
Sebahagian jalan tutup pada 19 Julai
Penutupan jalan Daerah Tutong pada 19 Julai 2016, Selasa. | Foto: Polis Diraja Brunei
July 18th, 2016 | 08:16 AM | 2346 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Ahad, 17 Julai. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memaklumkan penutupan jalan bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Tutong pada 19 Julai (Selasa) ini.
Menurut Siaran Akhbar Pasukan PDB, jalan-jalan akan ditutup sepenuhnya bermula 6.30 pagi.
Penutupan jalan adalah bagi Simpang Tiga Rumah Sakit Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong; Simpang Tiga Dihadapan Dewan Kemasyarakatan Tutong; Pusing Keliling (Jalan Masuk dan Keluar dari Dewan Kemasyarakatan Tutong) dan Simpang 59, berdepanan Telbru, Tutong.
Orang ramai adalah diingatkan supaya mematuhi arahan yang diberikan oleh semua anggota yang bertugas semasa majlis tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Siaran Akhbar Polis Diraja Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]