FacebookInstagramTwitterContact

 

Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spain WWC Winners, Jude Bellingham Take Home Laureus Awards           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pesuruhjaya Polis terima kunjungan hormat


Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia, Dato Paduka Seri Khalid bin Abu Bakar. | Foto: Pasukan Polis Diraja Brunei

 


 July 18th, 2016  |  08:17 AM  |   6890 views

GADONG

 

Ahad, 17 Julai. - Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara, Pasukan Polis Diraja Malaysia, Dato Paduka Seri Khalid bin Abu Bakar.

 

Kunjungan hormat diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei (PDB), Jalan Tungku Gadong.

 

Ketua Polis Negara, Pasukan Polis Diraja Malaysia, Dato Paduka Seri Khalid bin Abu Bakar berada di negara ini bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Istana Nurul Iman pada 15 Julai 2016 lepas, yang mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) yang membawa gelaran 'Dato Paduka Seri' kepada Ketua Polis Negara, Pasukan Polis Diraja Malaysia.

 

Pada perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan sokongan berterusan dalam menjalin kerjasama serantau yang lebih kukuh dalam kerja-kerja kepolisan, latihan, program pertukaran, perkongsian maklumat dan kawasan-kawasan kepolisan lain yang boleh meningkatkan keupayaan masing-masing dan juga isu-isu kepentingan strategik di rantau ini dan di peringkat antarabangsa.

 

Pesuruhjaya Polis, PDB juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Pasukan Polis Diraja Malaysia atas sokongan berterusan yang diberikan selama ini dan hubungan dua hala yang mesra antara Brunei Darussalam dan Malaysia.

 

Juga hadir Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis dan Pengarah PDB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Siaran Akhbar Pasukan Polis Diraja Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39