FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ramah Mesra Aidilfitri Rapatkan Silaturahim Kekeluargaan


ENGHULU Mukim Telisai juga Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit bersama isteri hadir selaku tetamu kehormat majlis.|FOTO: PELITA BRUNEI

 


 July 19th, 2016  |  10:58 AM  |   2333 views

TUTONG

 

Ahad, 17 Julai. - Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Danau telah diadakan di Dewan Kemasyarakatan Kampung Danau, di sini.

 

Penghulu Mukim Telisai juga Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit bersama isteri hadir selaku tetamu kehormat majlis.

 

Majlis merupakan salah satu usaha dan aktiviti tahunan MPK Danau untuk menghimpunkan warga kampung, sama ada yang tinggal di Kampung Danau mahupun yang telah bermastautin di daerah-daerah lain.

 

180716 NOR DANAU-3

SAMBUTAN hari raya memberi peluang bagi sanak saudara bertemu dan berjumpa sambil berkunjung dari rumah ke rumah.

 

Melalui majlis seumpama itu, dihasratkan akan dapat mengeratkan semula semangat perpaduan, kekeluargaan dan persahabatan sambil memberi ruang merakamkan ucapan selamat hari raya serta bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

 

Di samping itu, ia juga salah satu cara untuk mempertemukan semula hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

 

 180716 NOR DANAU-4

GENERASI penduduk Kampung Danau yang baharu juga berkesempatan untuk bersua muka bersama generasi warga emas.

Majlis dimeriahkan dengan ucapan-ucapan selamat hari raya secara terbuka oleh hadirin, sementara murid-murid Sekolah Rendah Danau mempersembahkan lagu-lagu hari raya.

 

Majlis diserikan lagi dengan bacaan Puisi Hari Raya yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Kampung Danau, Awang Haji Abdullah Haji Mohd. Tahir juga acara 'Terimalah Sampul Surat'.

 

 180716 NOR DANAU-2

ACARA 'Terimalah Sampul Surat' menarik minat peserta kanak-kanak.

 

Hadir sama pada majlis tersebut Guru Besar Sekolah Rendah Danau, Tutong; Ketua Imam Masjid Kampung Danau, selaku Penasihat MPK Danau merangkap Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Danau; Ahli-ahli MPK Kampung Danau; Ahli-ahli Takmir Masjid Kampung Danau; Pengawas Kejiranan Kampung Danau; Muslimah Masjid Kampung Danau serta penduduk dan warga kampung.

 

Menurut Pemangku Ketua Kampung Danau, Awang Haji Abdullah, acara seumpama itu akan terus dikekalkan sebagai acara tahunan di samping memberi peluang untuk bertemu serta berjumpa sanak saudara sambil berkunjung ke rumah-rumah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Noraisah Muhammed

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16