FacebookInstagramTwitterContact

 

Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>           Blunt Olyroos Suffer Calamitous Loss In Olympic Games Qualifier           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelaburan langsung China meningkat


PERASMIAN penubuhan Persatuan Syarikat-Syarikat China di Brunei (Chinese Enterprises Association in Brunei - CEAB) oleh Presiden CEAB, Mr. Chen Liancai (kiri), Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah (tengah), selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke negara ini, Puan Yang Terutama Yang Jian (kanan). FOTO| PELITA BRUNEI (Dk Nur Hafilah Pg Osman)

 


 July 19th, 2016  |  11:05 AM  |   1280 views

JERUDONG

 

Isnin, 18 Julai. - Pelaburan langsung Republik Rakyat China ke negara ini meningkat daripada 12.9 juta ringgit tahun lalu menjadi 116.1 juta ringgit pada suku pertama tahun ini.

Negara Brunei Darussalam berharap untuk melihat pertumbuhan berterusan ini dan hasil sampingannya untuk para pengusaha kecil dan sederhana tempatan.

180716 DKFILA CEAB-1

UCAPAN daripada Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB).

Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah juga melahirkan harapan perkembangan tersebut akan menjadi landasan untuk menarik lebih banyak lagi syarikat China untuk meneroka peluang perniagaan di negara ini sekaligus mengukuhkan lagi pertukaran ekonomi dan perdagangan di antara kedua-dua buah negara.

Perkara tersebut telah dinyatakan semasa merasmikan penubuhan Persatuan Syarikat-Syarikat China di Brunei (Chinese Enterprises Association in Brunei - CEAB), bertempat di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel & Country Club, di sini.

Beliau selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) berkata, kerajaan komited untuk menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara ini.

180716 DKFILA CEAB-3

PENYAMPAIAN cenderamata kepada Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah (kanan), selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB).

Tambahnya, Brunei melihat potensi besar untuk menarik lebih banyak pelaburan dari syarikat-syarikat China memandangkan kerajaan negara itu berterusan memberikan sokongan dan inisiatif untuk menggalakkan syarikat-syarikat China melabur di luar negara.

Beliau juga mengalu-alukan rakan kongsi China untuk meneroka bidang-bidang yang lain seperti pengeluaran makanan halal, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta aktiviti pertanian di Brunei.

180716 DKFILA CEAB-4

TIMBALAN Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah (lima, kiri), selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) ketika bergambar ramai.

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke negara ini, Puan Yang Terutama Yang Jian dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyatakan penubuhan CEAB setentunya melambangkan pengukuhan hubungan dalam bidang ekonomi diantara kedua-dua buah negara dan diharap persatuan ini akan memainkan peranannya dalam mempromosi kerjasama dimensi, mengambil tanggungjawab sosial dan membantu untuk meningkatkan hubungan rapat bersama komuniti tempatan.

Penubuhan CEAB yang dianggotai oleh 27 syarikat milik China atau syarikat kerjasama yang berdaftar di negara ini tidak hanya akan menyediakan platform bagi perkongsian maklumat serta pengalaman dalam kalangan syarikat China, tetapi juga akan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan untuk meneroka lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat dari China.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk Siti Redzaimi Pg Hj Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17