FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JPM Anjur Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70


ANG Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud semasa membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun bagi Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks JPM. |FOTO: PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 July 19th, 2016  |  11:11 AM  |   2309 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 18 Julai. - Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya petang tadi telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun bertempat di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM, di sini.

 

Majlis Doa Kesyukuran ini dikelolakan bersama oleh Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan, JPM dan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan.

 

Berangkat dan hadir ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud.

 

180716 AMIRUL JPM-1

SEMBAHYANG Sunat Hajat Berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen, Awang Haji Aslenan bin Haji Metusin.

Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Majlis dimulakan dengan Solat Hajat yang diimamkan oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen, Awang Haji Aslenan bin Haji Metusin dan juga seterusnya memimpin bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil serta bacaan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan adalah bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70 Tahun sebagai melahirkan tanda kesyukuran akan kepimpinan baginda dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah DYMM dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah negara dengan berlandaskan iman dan panduan dari Allah Subhanahu Wata'ala.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19