FacebookInstagramTwitterContact

 

Joint Operation           >>           Fuel Stations Temporary Closure           >>           Pitcher Plant Conservation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           SEAMEO Centres Policy Research Network Summit Closing Ceremony           >>           Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store           >>           Hersh Goldberg-Polin: Gaza Hostage's Parents Urge Him To 'Stay Strong' After New Video           >>           UNISSA Sinaut Campus Hari Raya Celebration           >>           Europe At Risk Of Dying Faces Big Decisions – Macron           >>           Harvey Weinstein's 2020 Rape Conviction Overturned In New York           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usahawan Tempatan Dialu-alukan Melabur di Republik Demokratik Timor-Leste


YANG Di-Pertua Majis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib menerima kunjungan muhibah daripada President of the Committee C-Finance and Economy Affairs, Republik Demokratik Timor - Leste, Tuan Yang Terutama Virgilio Maria Dias Marcal dan rombongan berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat. |FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Ariffin Mohd. Noor)

 


 July 19th, 2016  |  11:15 AM  |   1321 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 18 Julai. - Usahawan-usahawan Negara Brunei Darussalam dialu-alukan melabur di Republik Demokratik Timor - Leste dan mencari peluang-peluang dan potensi bagi sebarang pelaburan dalam usaha sama-sama meningkatkan ekonomi negara.

 

President of the Committee C-Finance and Economy Affairs, Republik Demokratik Timor - Leste, Tuan Yang Terutama Virgilio Maria Dias Marcal menyuarakan perkara itu dalam temu bual bersama Pelita Brunei semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat hari ini.

 

180716 ARIF MMN-6

PRESIDENT of the Committee C-Finance and Economy Affairs, Republik Demokratik Timor - Leste, Tuan Yang Terutama Virgilio Maria Dias Marcal semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei.

 

Menurut TYT, Republik Demokratik Timor - Leste meraih 80 peratus hasil pendapatan negara melalui petroleum yang mana sama seperti Negara Brunei Darussalam iaitu hasil minyak dan gas yang merupakan penyumbang utama dalam ekonomi negara.

 

Kunjungan muhibah tersebut merupakan satu 'avenue' dan peluang bagi kedua-dua belah pihak untuk bertukar-tukar pandangan dan membincangkan mengenai langkah-langkah kerjasama yang boleh diwujudkan di antara kedua-dua belah pihak.

 

180716 ARIF MMN-5

ROMBONGAN dari Republik Demokratik Timor-Leste dalam sesi bergambar ramai bersama Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN) dan Ahli-Ahli MMN.

 

TYT menjelaskan, kunjungan tersebut adalah untuk meraih pengalaman dan belajar daripada amalan-amalan terbaik dari Negara Brunei Darussalam yang sudah berkembang maju dalam pelbagai bidang.

 

Hadir sama pada kunjungan muhibah ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar serta Ahli-Ahli MMN iaitu Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Salbiah binti Haji Sulaiman, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Abdullah bin Haji Mohd. Jaafar, Yang Berhormat Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman dan Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad.

 

Selepas kunjungan muhibah tersebut, rombongan dijemput bagi sesi bergambar ramai dan seterusnya dibawa melawat ke tempat-tempat utama di Bangunan Dewan Majlis.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store

 2024-04-26 02:05:05