FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persembahan Khas Memukau


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong. | FOTO: PELITA BRUNEI (Mohammad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Hernie Suliana Haji Othman, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 July 20th, 2016  |  11:57 AM  |   2108 views

TUTONG

 

Selasa, 19 Julai. - Persembahan Khas bertemakan 'Raja Perkasa, Negara Berjaya, Rakyat Sejahtera' yang dipersembahkan oleh lebih 460 peserta telah berjaya memukau ribuan hadirin di Padang Kompleks. Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, di sini.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyaksikan persembahan menarik yang penuh warna warni itu semasa berangkat bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di daerah ini.

 

190716 AZMI TUT-25

KEBAWAH DYMM dan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah menerima junjung ziarah dan beramah mesra bersama para peserta persembahan khas.

Persembahan ini melibatkan golongan belia-belia, penuntut sekolah rendah dan menengah serta masyarakat kampung.

 

Persembahan meriah 'Raja Perkasa, Negara Berjaya, Rakyat Sejahtera' membawa konsep bidang dan ciri keagamaan, ketokohan dan kewibawaan Raja Yang Perkasa dalam meninggikan darjat dan melaksanakan syiar agama Islam di Negara Brunei Darussalam sejak pemerintahan baginda.

 

Kegemilangan syiar Islam dan keteguhan beragama dipersembahkan melalui sinopsis pencapaian salah satu daripada Wawasan Negara 2035 iaitu Pendidikan Sebagai Obor Sebuah Negara Yang Berjaya dalam membentuk negara yang cemerlang.

 

190716 TUT FILA3 2

LAUNGAN 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' oleh penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan dan wakil-wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan.

 

Manakala plot akhir iaitu rakyat Sejahtera dapat diilustrasikan melalui persembahan daripada aspek kekukuhan perpaduan rakyat dan bangsa daripada berbagai puak dan masyarakat iaitu lapan buah mukim di Daerah Tutong bersatu setia yang menikmati kemakmuran negara.

 

Dalam segmen pertama persembahan Tekad Generasi Berjiwa Perkasa dipersembahkan oleh Kumpulan Generasi Muda seramai 30 orang yang berpakaian mengikut profesion seperti polis, tentera, NGO dan puak-puak dan masyarakat mengikut rentak irama muzik raja lalu yang diisi alunan Beduk, Umpong dan Gambus melambangkan keislaman sebagai benteng kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di bawah kepimpinan raja yang terbilang dengan berlatar belakangkan persembahan gerak laku Pasukan Komuniti Koir terdiri daripada belia-belia berbagai etnik dan masyarakat seramai 80 orang.

 

Selepas itu disusuli dengan kemasukan 20 orang awang-awang membawa Sinipit mengiringi kanak-kanak membaca Tekad oleh seorang ketua yang lengkap berpakaian seorang pendekar yang perkasa.

 

 190716 AZMI TUT-14

 

PERSEMBAHAN Khas bertemakan 'Raja Perkasa, Negara Berjaya, Rakyat Sejahtera' yang dipersembahkan oleh penuntut-penuntut sekolah rendah dan menengah serta puak dan masyarakat Tutong.

 

Segmen ini memberi pengertian sebuah negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa mentaati raja, beragama, berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berwawasan.

 

Sementara itu, segmen kedua persembahan Negara Aman Rakyat Berbahagia dengan penyertaan seramai 20 orang awang-awang juga membawa Sinipit ke dalam pentas dan seterusnya persembahan Silat oleh kumpulan pesilat seramai 10 orang yang mempamerkan gerak langkah silat yang bertenaga dengan berlatar belakangkan alunan muzik gulingtangan dan persembahan gerak laku Pasukan Komuniti Koir terdiri daripada belia-belia pelbagai etnik dan masyarakat sebagai simbolik Keamanan dan Kesejahteraan Negara sentiasa dipertahankan oleh belia-belia yang berwawasan.

 

Manakala segmen ketiga pula Transformasi Sahsiah Bangsa yang dipersembahkan oleh Kumpulan Seni Tari seramai 70 orang mempamerkan tarian yang menzahirkan transformasi gerak tarian mengikut irama lagu Menjunjung Duli dengan berlatar belakangkan persembahan gerak laku Pasukan Komuniti Koir.

 

Dalam segmen ini, pembawa Tipa seramai 15 orang, pembawa Pisang-Pisang 20 orang, Penari Kiap 21 orang dan Penari Tar seramai 8 orang.

 

 190716 MASRI TUT-8

GENERASI Muda berpakaian mengikut profesion berlatarbelakangkan persembahan gerak laku Pasukan Komuniti Koir terdiri daripada belia-belia berbagai etnik dan masyarakat.

 

Pada segmen keempat iaitu kemuncak persembahan, mempersembahkan keseluruhan penari yang menarikan pergerakan dalam satu irama tarian puak-puak menggambarkan Penglibatan Bangsa, Etnik dan Masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, profesion dan kemahiran berganding bahu membangunkan negara di dalam semua sektor Pembangunan Negara seperti Keagamaan, Pendidikan, Perekonomian, Kebudayaan dan Sukan tanpa mengurang sedikit pun Identiti Anak Brunei seterusnya para peserta membentuk 70 sebagai simbol usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-70 tahun.

 

Transformasi Tarian dan Lagu yang dipersembahkan adalah Tarian Puak-puak dan Masyarakat Daerah Tutong; Perekonomian (pertanian); dan Sukan Warisan Brunei (Tarik Kalat dan Lumba Perahu).

 

190716 TUT FILA8

PERSEMBAHAN Khas bertemakan 'Raja Perkasa, Negara Berjaya, Rakyat Sejahtera' yang dipersembahkan oleh penuntut-penuntut sekolah rendah dan menengah serta puak dan masyarakat Tutong.

 

Semasa pertengahan lagu puak-puak, semua peserta pembawa bunga manggar seramai 70 orang, peserta hadrah 100 orang dan kanak-kanak seramai 30 orang masuk ke kawasan pentas mengikut irama menuju ke tempat yang ditetapkan.

 

Ahkir sekali, Doa Kepada Raja dibacakan oleh seorang kanak-kanak dan seterusnya Laungan Daulat Kebawah Duli Tuan Patik oleh semua peserta secara serentak sebagai penutup persembahan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19