Home > Bahasa Melayu
UNISSA - UMS, Republik Indonesia Eratkan Hubungan
REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (kanan) ketika menyampaikan cenderamata kepada Rektor Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS), Republik Indonesia, Profesor Dr. Bambang Setiaji (kiri). | FOTO: PELITA BRUNEI
July 21st, 2016 | 11:01 AM | 2154 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Rabu, 20 Julai. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mendapat sokongan padu dari institusi pengajian tinggi luar negara setelah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS), Republik Indonesia.
UMS merupakan satu dari 164 Perguruan Tinggi Muhammadiyah (PTM), Republik Indonesia. UMS ini terletak di Kecamatan Kartasura Kabupaten Sukoharjo (Kartasura, Sukoharjo). Penubuhannya adalah dengan tekad mewujudkan kampus sebagai "Wacana Keilmuan dan Keislaman", iaitu mampu menumbuhkan budaya Islam yang menguasai ilmu pengetahuan dan keterampilan yang dilandasi nilai-nilai keislaman.
Hadir bagi mengalu-alukan kunjungan delegasi ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal dan Penolong Rektor, Dr. Arman bin Haji Asmad.
REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal mengalu-alukan kunjungan delegasi dari Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS), Republik Indonesia yang diketuai oleh Rektor Universiti berkenaan, Profesor Dr. Bambang Setiaji.
Seramai 29 orang dari UMS berkunjung ke UNISSA yang diketuai oleh Rektor Universiti berkenaan, Profesor Dr. Bambang Setiaji dan diiringi oleh beberapa orang Timbalan Rektor, Dekan-Dekan Fakulti dan beberapa orang pensyarah.
Dalam sesi perbincangan di antara UNISSA dan UMS, kedua belah pihak bersetuju akan terus berusaha menjalinkan kerjasama di bidang-bidang bersesuaian khususnya dalam bidang pengajian Islam, bidang ekonomi dan undang-undang. Begitu juga kolaborasi dalam penglibatan ahli akademik kedua-dua institusi berkenaan dalam penulisan artikel akan dapat dikongsi sama untuk diterbitkan dalam Jurnal Ilmiah keluaran masing-masing.
Dalam kunjungan ini, pihak delegasi UMS amat mengagumi UNISSA atas komitmen yang telah diusahakan dalam membuat strategik perkembangan dalam melahirkan ulama dan amat berharap bahawa UNISSA akan menjadi sebuah universiti Islam yang terunggul di rantau Asia.
Turut hadir bagi majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Utama UNISSA terdiri daripada Dekan-Dekan Fakulti dan Pengarah-Pengarah Pusat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Universiti Islam Sultan Sharif Ali
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]