Home > Bahasa Melayu
Sambutan Hari Raya Gleneagles JPMC Meriah
WARGA Pusat Perubatan Jerudong Park Gleneagles merakam gambar kenangan.| FOTO: PELITA BRUNE(Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)I
July 21st, 2016 | 11:06 AM | 3136 views
JERUDONG
Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ketika inilah lazimnya umat Islam berziarah ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai bagi memohon kemaafan di samping mengeratkan silaturahim.
ANTARA yang hadir di Rumah Terbuka Pusat Perubatan Jerudong Park Gleneagles.
Antara kegiatan Hari Raya Aidilfitri yang lazim diadakan oleh masyarakat di negara ini ialah Rumah Terbuka. Ianya juga merapatkan silaturahim sambil menikmati juadah yang disediakan dan secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.
PELBAGAI juadah dihidangkan kepada pengunjung Rumah Terbuka Pusat Perubatan Jerudong Park Gleneagles di Tarindak d’Polo Restaurant Jerudong.
KEMERIAHAN suasana Rumah Terbuka Pusat Perubatan Jerudong Park Gleneagles.
Sehubungan itu, Pusat Perubatan Jerudong Park Gleneagles (JPMC) telah mengadakan Rumah Terbuka yang berlangsung di Tarindak d'Polo Restaurant, Jerudong.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan aktiviti tahunan JPMC antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang penuh muhibah.
Antara yang hadir Duta-Duta Besar negara-negara sahabat ke Negara Brunei Darussalam, pegawai-pegawai kanan, kakitangan JPMC dan orang ramai.
Source:
@BRUDIRECT.COM
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]