FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Beri Peluang Pekerjaan Kepada Anak Tempatan


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof memotong reben perasmian Gwad Basha Arabian Restaurant and Catering yang telah berlangsung di Gadong. | FOTO: PELITA BRUNEI (Azmah Haji Ahad)

 


 July 21st, 2016  |  11:23 AM  |   1811 views

GADONG

 

Rabu, 20 Julai. - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyarankan agar pihak Gwad Basha Arabian Restaurant and Catering akan dapat membantu kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam dengan memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan sama ada secara sepenuh masa atau pun secara sambilan.

 

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyarankan perkara itu pada majlis perasmian cawangan kedua restoran berkenaan di Unit 8, Blok D, Kompleks Abdul Razak, Jalan Gadong.

 

AZMAH RESTAURANT 05

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pembukaan Rasmi Gwad Basha Arabian Restaurant and Catering.

AZMAH RESTAURANT 01

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa merasmikan Gwad Basha Arabian Restaurant and Catering yang berlangsung di Gadong.

 

Menteri KKBS berkata, peluang pekerjaan berkenaan diharap akan dapat memperkasa keupayaan mereka melalui 'experience transfer' yang dapat melahirkan anak-anak tempatan berkebolehan atau berkemahiran dalam menyediakan sajian makanan Arab.

 

Restoran tersebut yang memulakan perniagaan di negara ini pada 24 Mac 2015 di Jalan Dato Ratna, Kampung Kiarong, merupakan satu-satunya restoran yang menawarkan hidangan masakan Arab tulen, perkhidmatan katering serta dikendalikan oleh tukang masak dari negara Timur Tengah, iaitu Yemen, Syria dan Mesir.

 

 AZMAH RESTAURANT 03

UCAPAN alu-aluan disampaikan oleh Pengurus Am Gwad Basha Arabian Restaurant and Catering, Pengiran Haji Anuar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail.

AZMAH RESTAURANT 06

ANTARA menu Arab yang disediakan oleh Gwad Basha Arabian Restaurant and Catering.

 

Majlis perasmian tersebut juga dihadiri oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, TYT Fikret Oguz Ates dan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16