Home > Bahasa Melayu
Lawatan Sambil Belajar Delegasi Jordan ke Brunei
KETUA delegasi, Brigadier Jeneral Saleh Al Majali, mengadakan kunjungan muhibah kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah di Bolkiah Garison.
April 3rd, 2016 | 10:16 AM | 2197 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sabtu, 2 April. - Delegasi dari Kolej Pertahanan Kebangsaan Diraja Jordanian kini berada di Negara Brunei Darussalam dalam lawatan sambil belajar selama lima hari.
Semasa lawatan delegasi ke Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan, Brigadier Jeneral Salah Almajali selaku ketua delegasi dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah saling bertukar-tukar pandangan mengenai cabaran keselamatan serantau di Asia Tenggara dan Timur Tengah.
PEMERINTAH ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bergambar ramai bersama sebahagian delegasi Royal Jordanian National Defense College.
Kedua-dua pihak juga berpuas hati pada hubungan kerjasama dua hala dalam bidang pertahanan dan prospek untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua buah negara turut dibincangkan.
Rombongan juga diberikan taklimat mengenai fungsi dan peranan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam dasar pertahanan Negara Brunei Darussalam.
DELEGASI Kolej Pertahanan Kebangsaan Diraja Jordan (Royal Jordanian National Defense College) semasa mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan.
Delegasi yang juga terdiri daripada peserta kursus dari Hashemite Kingdom of Jordan, Kerajaan Arab Saudi dan Palestin, akan melawat kementerian dan agensi-agensi kerajaan dalam tempoh beberapa hari akan datang sebagai sebahagian daripada lawatan sambil belajar mereka.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Kementerian Pertahanan
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]