FacebookInstagramTwitterContact

 

These 3 Stars Are Losing Weight Fast — Thanks To Stellar Winds Way Stronger Than The Sun's           >>           Tesla is reportedly laying off more than 10 percent of its workforce           >>           Adobe previews AI object addition and removal for Premiere Pro           >>           Zinc Supplementation Can Benefit Individuals With Erectile Dysfunction, Reveals Study           >>           Shiitake Mushrooms Are A Powerful Medicinal Superfood           >>           Regular Exercise Can Significantly Lower Your Risk Of Developing Cancer           >>           Various Knowledge Learned Prior To Open a Business           >>           Kobe Bryant’s Daughter Natalia Details How Parents Made Her A Taylor Swift Fan           >>           Pregnant Jenna Dewan Seeking Millions From Ex Channing Tatum’s Magic Mike Income           >>           This Is Why Dozens Of Men Decided To Tie Their Moustaches Together           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kukuhnya hubungan seorang raja bersama rakyat


Kebawah DYMM semasa berkenan menerima junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk yang hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah tersebut. | INFOFOTO

 


 July 25th, 2016  |  11:09 AM  |   3375 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 24 Julai. - Ribuan rakyat dan penduduk Daerah Brunei dan Muara hari ini gembira serta ceria kerana berpeluang bersua muka dengan raja dikasihi pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Brunei dan Muara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-70 Tahun.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien telah dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Perayaan Peringkat Kebangsaan.

 

Juga menjunjung keberangkatan tiba baginda, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tadbir bagi Daerah Brunei dan Muara.

 

Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Ratusan murid sekolah-sekolah rendah di daerah ini beratur di tepi-tepi jalan raya di sepanjang jalan utama menuju ke Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien sambil mengibarkan bendera-bendera kecil Negara Brunei Darussalam diiringi paluan hadrah, manakala pelajar-pelajar sekolah menengah memegang bunga manggar bagi mengalu-alukan keberangkatan baginda serta kerabat diraja yang lain.

 

Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' bergema sebaik sahaja baginda berserta kerabat diraja yang lain berangkat di Pentas Diraja dan diikuti dengan tiga kali laungan 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' oleh barisan Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan bersama rakyat dan penduduk serta masyarakat berbilang kaum.

 

Pemangku Pegawai DBM, Awang Misle selaku Pengerusi kemudian menyampaikan sembah kesyukuran dan taat setia ke hadapan majlis baginda selaku mewakili rakyat serta penduduk Daerah Brunei dan Muara.

 

Kemudian Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyaksikan Perlawanan Akhir Tarik Kalat Peringkat Kebangsaan di antara Pasukan Daerah Brunei dan Muara menentang Pasukan Daerah Tutong.

 

Dalam perlawanan tersebut, Pasukan Daerah Brunei dan Muara muncul juara setelah mengalahkan Pasukan Daerah Tutong dengan mengumpul tiga mata melalui dua kali tarikan sekali gus merebut piala kurnia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

 

'Daulat Raja Merentas Zaman' tema persembahan khas lima segmen yang berkonsepkan keagamaan bagi mencapai kemajuan negara yang berdaulat dalam mendukung dan menjaga ekonomi negara melalui 'Satu Kampung Satu Produk', persembahan itu digarap dengan nilai-nilai keagamaan serta tradisi oleh anak-anak watan dari pelbagai lapisan masyarakat.

 

Kemudian, baginda berserta kerabat diraja dijunjung berangkat bagi menerima junjung ziarah dan ramah mesra daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir, peserta-peserta persembahan khas serta rakyat juga penduduk Daerah Brunei dan Muara.

 

Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah adalah majlis yang dinanti-dinantikan oleh ribuan rakyat jelata bagi menyatakan rasa taat setia ke hadapan majlis raja yang dikasihi sambil menyembahkan ucapan tahniah sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-70 Tahun.

 

Selesai saja Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja dijunjung berangkat bagi Majlis Santap Tengah Hari di Dewan Persantapan Lapau.

 

Di sini, baginda juga berkenan memotong kek dan menerima pesambah yang disembahkan khas sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-70 Tahun.

 

Bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Awang Haji Sahrin bin Kadih.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, baginda berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemputan khas yang hadir.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Abdullah Asgar

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Boy, 15, Arrested After Bishop Attacked

 2024-04-16 00:15:00

Tesla Lays Off More Than 10% Of Its Workforce

 2024-04-16 01:41:21