FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


6 Jenis Sukan Individu Dibenarkan Untuk Dipertandingkan


AHMAD Rifa’ie bin Haji Mohamad Rozan (depan) dan Ahmad Dzulkhairi bin Awang Haji Mail memulakan latihan badminton sejak langkah pengurangan penjarakan sosial membenarkan latihan berpasangan (doubles) diumumkan

 


 September 29th, 2020  |  09:18 AM  |   2801 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sebanyak enam jenis sukan individu kini dibenarkan untuk dipertandingkan memandangkan situasi COVID-19 di negara ini kini dalam keadaan terkawal dan ini juga merupakan satu berita yang amat menggembirakan bagi para penganjur sukan dan kejohanan.

 

Penggemar salah satu sukan yang dibenarkan, iaitu badminton, lebih bermotivasi untuk menjalankan latihan kerana ini bermakna, usaha dan latihan dalam memperbaiki kemahiran sukan tersebut akan dapat diuji dalam suasana pertandingan.

 

Perkara tersebut disuarakan oleh Awang Ahmad Dzulkhairi bin Awang Haji Mail semasa ditemui Pelita Brunei ketika menjalani latihan badminton berkumpulan di Kampung Sungai Akar.

 

Walaupun beliau tidak menyertai mana-mana pertandingan rasmi, tetapi baginya, latihan sahaja tanpa pertandingan boleh melunturkan semangat untuk bermain.

 

Bagi Awang Ahmad Rifa'ie bin Haji Mohamad Rozan pula, sejak pulang dari Mesir, beliau memilih badminton sebagai pilihan untuk mengekalkan kecergasan, memandangkan beliau tidak dapat bermain bola sepak pada masa ini, perlawanan secara regu (doubles) dalam latihan dapat memberikan manfaat kesihatan buat dirinya.

 

Walau bagaimanapun, sukan bola sepak merupakan sukan berkumpulan yang belum diberikan kebenaran untuk diadakan pertandingan pada masa ini, melainkan hanya untuk sesi latihan sahaja.

 

Berikutan kebenaran penganjuran pertandingan ini, Setiausaha Agung Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam (PBKBD), Awang Mohd. Zuno Kartono bin Haji Ali semasa ditemui mengongsikan, Kejohanan Badminton Liga Kebangsaan Brunei juga akan dibukakan semula tidak lama lagi.

 

Kejohanan yang sepatutnya berlangsung sepanjang Februari hingga April tersebut terpaksa ditunda kerana penularan COVID-19, tetapi PBKBD berpandangan positif di atas kelonggaran ini, kerana beberapa perlawanan yang dijadualkan dalam kalendar persatuan juga dapat dijalankan seterusnya.

 

Dengan adanya penganjuran kejohanan, orang ramai, terutama penggemar dan pemain sukan yang dibenarkan, iaitu badminton, squash, tenis, ping pong, sepak takraw dan golf, akan lebih bersemangat menjalani latihan dan seterusnya menantikan peluang untuk menguji kemahiran masing-masing dalam suasana yang lebih kompetitif.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12