Home > Bahasa Melayu
Sukan Ria Hari Keluarga Jabatan Penjara meriah
Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam (dua dari kanan) hadir selaku tetamu kehormat dalam acara Sukan Ria Hari Keluarga. | Foto: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
April 4th, 2016 | 10:46 AM |
3767 views
TUTONG
Ahad, 3 April. - Sempena cuti persekolahan, Jabatan Penjara menganjurkan Sukan Ria Hari Keluarga.
Hadir selaku tetamu khas acara tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam dan keluarga.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Penjara, Awang Haji Ismail bin Haji Murat. Acara diteruskan lagi dengan senamrobik dan diikuti Pertandingan Akhir Tarik Kalat Berat 780 Kilogram Terkumpul Lapan Orang Penarik di antara pasukan Chainblock A menentang pasukan Mega Power, yang dimenangi oleh pasukan Mega Power.
Selain itu, beberapa aktiviti juga dijalankan seperti memukul bola golf, peraduan mewarna, mengisi air ke dalam botol, membawa bola berhalangan, membaling bola pingpong, kerusi muzik dan pertandingan orang kuat.
Juga diadakan ialah pameran kucing, kereta tahan lasak (4WD), Insaf Radio Amatur, di samping permainan bouncer untuk kanak-kanak, menunggang kuda, ATV Ride dan pesta jualan.
Seramai 300 pegawai dan kakitangan hadir bersama keluarga ke acara suka ria tersebut yang diadakan di Kompleks Padang dan Balapan Pusat Latihan, Jabatan Penjara.
Sukan Ria Hari Keluarga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota warga Jabatan Penjara dan keluarga, di samping dapat mempromosikan aktiviti-aktiviti sihat dalam kalangan mereka.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]