Home > Sports
Mempelajari Kejurulatihan Asas Bersama PBKBD
BWF Tutor Coach, Mohd. Zuno Kartono bin Haji Ali membimbing peserta Kursus Kejurulatihan BWF Level 1 Coaching Education melakukan tugasan yang memerlukan coaching plans untuk menjalankan aktiviti kejurulatihan sebagai latihan praktikal.
November 10th, 2020 | 10:07 AM | 3691 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam (PBKBD) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan Kursus Kejurulatihan Badminton BWF (Badminton World Federation) Level 1 Coaching Education dengan tema 'Focus on Principles of Coaching', bermula hari ini, 9 November hingga Sabtu, 14 November 2020.
BWF Coach Education bertujuan untuk menyediakan sumber dan kursus 'amalan terbaik' bagi memastikan kualiti dan pertumbuhan bimbingan badminton di semua peringkat, dari akar umbi hingga golongan elit.
Seramai tujuh peserta, terdiri daripada individu yang mempunyai kemahiran asas dalam sukan badminton menyertai kursus yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Kursus dikendalikan oleh BWF Tutor Coach, Mohd. Zuno Kartono bin Haji Ali.
Peserta yang menamatkan kursus akan diberikan Sijil Penyertaan daripada PBKBD.
Kelayakan BWF Level 1 ialah kelayakan yang diiktiraf secara global, yang mempunyai tanggungjawab dalam komuniti badminton di seluruh dunia.
Pengisian kursus dengan 13 modul akan membolehkan para peserta mempelajari Prinsip Kejurulatihan Asas dan pada akhir kursus, akan dapat menunjukkan kecekapan kejurulatihan asas, yang membolehkan mereka merancang, menyampaikan, mengkaji dan menilai sesi siri latihan berkaitan yang berkesan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]