FacebookInstagramTwitterContact

 

Tia Mowry And Tamera Mowry's Candid Confessions May Make You Do A Double Take           >>           Bachelor Nation’s Peter Kraus Engaged To Girlfriend Hana Ostapchuk After One Year Of Dating           >>           Switzerland Beat Iceland To Keep Knockout Hopes Alive At Euros           >>           Euro 2025: Norway On Brink Of Quarterfinals After Finland Win           >>           Jhon Duran Joins Fenerbahce On Loan 6 Months After Al Nassr Transfer           >>           First Round Of Gaza Ceasefire Talks Ends Without Breakthrough           >>           Eurostar Train Evacuated During Nine-Hour Delay In Northern France           >>           At Least 78 Dead And Dozens Missing In Texas Floods As More Rain Looms           >>           How An Al-Qaeda Offshoot Became One Of Africa's Deadliest Militant Groups           >>           How Trump's Tariff Chaos Could Reshape Asia's Businesses           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Kejohanan Badminton Labuh Tirai


KEJOHANAN Badminton Liga Berpasukan Kebangsaan anjuran Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam (PBKBD) yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

 


 November 30th, 2020  |  17:19 PM  |   3884 views

BERAKAS

 

Kejohanan Badminton Liga Berpasukan Kebangsaan anjuran Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam (PBKBD) berakhir hari ini dengan menyaksikan Pasukan Menglait Stingers muncul juara setelah berjaya mengutip 21 mata dari tujuh perlawanan.

 

Sementara itu, Pasukan Menglait Mavericks menyandang tempat kedua dengan 18 mata dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) dengan 15 mata.

 

Pada pusingan akhir kejohanan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu, pertemuan di antara Menglait Stingers dan T2A berkesudahan Menglait Stingers menang 5 - 0.

 

Manakala pertemuan di antara MS ABDB dan Onjatu berakhir dengan kemenangan bagi MS ABDB dengan 4-1.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada juara kejohanan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

 

Juara menerima hadiah berupa wang tunai BND1,000, pingat emas, raket Yonex NS 8000 dan Piala Pusingan. Manakala hadiah bagi tempat kedua menerima wang tunai BND800, pingat perak dan raket Yonex TR 9900 disampaikan oleh Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat.

 

Hadiah bagi tempat ketiga pula menerima wang tunai BND600, pingat gangsa dan raket Yonex NF 170LT dan disampaikan oleh Yang Dipertua PBKBD, Pengiran Haji Hamzah bin Pengiran Haji Mohammad.

 

Peralatan 'shuttlecock' semasa kejohanan dan hadiah raket merupakan tajaan daripada Yonex Sunrise Singapore.

 

Selain itu, kesemua pasukan yang bertanding juga menerima plak penyertaan dan tajaan Purion Water sumbangan Syarikat Leesin Sdn. Bhd., disampaikan oleh Pengurus Perkembangan Perniagaan, Awang Jackie Tan Yu Chui.

 

Kejohanan yang dijalankan menggunakan format 'round robin' tersebut mempertandingkan Kategori Beregu Lelaki Di Bawah 21 Tahun; Kategori Veteran 50 Tahun Berpasangan dengan 55 Tahun; Kategori Beregu Lelaki Terbuka Pertama; Kategori Beregu Perempuan dan Kategori Beregu Lelaki Terbuka Kedua.

 

Kejohanan merupakan anjuran bersama PBKBD dan Jabatan Belia dan Sukan, KKBS, dengan penyertaan sebanyak lapan buah pasukan melibatkan 120 pemain. Sejak perasmiannya pada 2 Februari lalu, sejumlah 140 perlawanan telah diadakan dalam tujuh pusingan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

How Trump's Tariff Chaos Could Reshape Asia's Businesses

 2025-07-07 10:22:30

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58