FacebookInstagramTwitterContact

 

Brunei Youth League U15           >>           Pantai Mentiri Amateur Open Golf Club Championship           >>           Reverse Heart Disease Through DIETARY CHOICES: Here’s Where To Start           >>           How Curcumin Could Revolutionize BOWEL CANCER PREVENTION           >>           Brunei Youth League U18           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           Kate Hudson Shares Glimpse Into Family Vacation With Kids Bingham And Rani           >>           Missing           >>           Perbadanan TAIB receive Two Prestigious Awards           >>           Bay FC's Racheal Kundananji Says Zambia Are Going To Shake Up Women's AFCON Hierarchy           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Kejohanan Badminton Bagi Daerah Temburong Berakhir


SEBAHAGIAN daripada aksi dalam peringkat akhir Kejohanan Badminton Shuttle Time Brunei Remaja di bawah 13 tahun bagi Daerah Temburong dalam kategori beregu lelaki

 


 December 5th, 2020  |  10:30 AM  |   2194 views

BANGAR

 

Kejohanan Badminton Shuttle Time Brunei Remaja di bawah 13 tahun diadakan di keempat-empat daerah dan bagi Daerah Temburong berakhir pada hari ini sejak perlawanan tersebut dimulakan pada 2 Disember lalu.

 

Kejohanan yang berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan menerima 11 penyertaan, iaitu lapan Beregu Lelaki dan tiga Beregu Perempuan. Bagi Kategori Lelaki, format permainan menggunakan 'double knock out' dan Kategori Perempuan menggunakan format 'round robin'.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.

 

Dalam perlawanan akhir Beregu Lelaki, pasangan Hazery Hazimie anak Bugin dan Muhammad Nur Hakimin bin Haji Mokhsin menewaskan pasangan adik-beradik, Muhammad Adi Yusra Waliyuddin bin Yusof dan Muhammad Adi Yusri Waliyuddin bin Yusof dengan kiraan 2-0, sekali gus menyandang juara.

 

Manakala beregu perempuan dimenangi oleh pasangan Evy Cheryll binti Udan dan Sukrinah Amelda setelah mengalahkan pasangan Ampuan Nurul Wafiqah Qaisarah Qistina dan Nur Qalesya Raqibah dengan 2-1.

 

Johan menerima pingat emas dan hadiah BND120, naib johan pula menerima pingat perak dan hadiah BND100 manakala tempat ketiga pula menerima pingat gangsa dan hadiah BND80.

 

Kejohanan Badminton Shuttle Time Brunei Remaja di bawah 13 tahun diadakan di keempat-empat daerah pada tarikh berlainan. Bagi Daerah Tutong perlawanan telah pun bermula pada 2 Disember yang lalu dan akan berakhir pada Sabtu, 5 Disember.

 

Bagi Daerah Brunei dan Muara, perlawanan akan diadakan bermula 9 Disember sehingga majlis penutup dan penyampaian hadiah pada 11 Disember dan untuk Daerah Belait pula, perlawanan akan bermula pada 9 hingga 11 Disember dan berakhir pada 13 Disember bagi acara penutup.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Russia Becomes First State To Recognise Afghanistan's Taliban Government

 2025-07-05 01:57:40

Trump Says US To Start Sending Out Tariff Letters

 2025-07-05 02:23:28