FacebookInstagramTwitterContact

 

Weather Update for Brunei Darussalam           >>           National Weather Briefing           >>           Digital Innovation Profile Co-Creation Workshop           >>           Cultural Research Methodology Workshop           >>           TAP & SCP Savings for Financial Year 2021-2022           >>           Berkenan Hantar Perutusan Tahniah           >>           Perutusan Tahniah Sempena Day Of German Unity           >>           Kumpulan Kedua Skuad B-17 Negara Berlepas Ke Uzbekistan           >>           MoUTingkatkan Kerjasama, Perkongsian Pengalaman           >>           Awangku Mohd. Syakir Ungguli Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan Ke-22           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:40AM

Subuh

: 04:50AM

Syuruk

: 06:07AM

Doha

: 06:30AM

Zohor

: 12:10PM

Asar

: 03:23PM

Maghrib

: 06:11PM

Isyak

: 07:20PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Piala Suzuki AFF Dijadual Semula Disember 2021


PERSEKUTUAN Bola Sepak ASEAN (AFF) mengumumkan Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada November 2020, akan diadakan pada bulan Disember 2021.

 


 December 8th, 2020  |  10:24 AM  |   2538 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) hari ini mengumumkan bahawa Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada November 2020, akan diadakan pada bulan Disember 2021.

 

Keputusan tersebut mencerminkan keutamaan berterusan AFF terhadap kesihatan dan keselamatan semua orang, di samping itu untuk memberikan kepastian yang lebih besar kepada semua pihak yang berkepentingan yang terlibat dalam kejohanan tersebut, termasuk Member Associations AFF, pasukan, pemain dan pegawai, rakan komersial dan juga peminat.

 

Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth menyatakan bahawa keutamaan mereka adalah kesihatan dan keselamatan semua orang yang berkaitan dengan kejohanan tersebut.

 

Oleh itu, pihak AFF terus memantau perkembangan COVID-19, baik di dalam ASEAN mahupun di dunia yang lebih luas.

 

Jelasnya, walaupun ada hasil yang menggembirakan dalam pengembangan vaksin, pihak AFF mengambil maklum bahawa proses penerimaan vaksin, serta praktik pengedaran dan pelaksanaan program vaksin di seluruh dunia, termasuk ASEAN akan memakan waktu.

 

Menurutnya, berikutan jadual bola sepak yang padat untuk tahun 2021, termasuk acara antarabangsa dan domestik yang telah diadakan sejak tahun 2020 menjadikan penganjuran kejohanan tersebut pada bulan Disember sebagai waktu yang ideal.

 

Beliau juga mengumumkan kejohanan akan bermula pada 5 Disember dan bermula pada 1 Januari 2022, pihak AFF akan memberikan peluang terbaik untuk menganjurkan kejohanan tersebut dalam format penuh dengan format 'home and away' di peringkat kumpulan dan juga perlawanan kalah mati dengan suasana stadium yang penuh dengan peminat untuk memberi galakan kepada pasukan masing-masing.

 

Kejohanan tersebut pada awalnya dijadualkan berlangsung pada bulan April - Mei tahun depan, AFF Suzuki Cup merupakan kejohanan bola sepak terbesar dan berprestij di Asia Tenggara yang menyaksikan pasukan kebangsaan 'A' di wilayah ini bersaing merebut gelaran juara.

 

AFF akan terus bekerjasama erat dengan Member Associations dan rakan kongsi untuk terus mengemas kini lebih lanjut mengenai kejohanan tersebut sebaik sahaja mereka bersedia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Bung Moktar Hoping For Mutual Gains In BN-GRS Cooperation In GE15

 2022-10-03 15:51:17

Indonesia: At Least 125 Dead In Football Stadium Crush

 2022-10-03 13:13:14

Credit Suisse Risk Gauge At Record High, Shares Hit New Low

 2022-10-03 16:47:21