Home > Sports
Cungkil Bakat Baharu Pemain Badminton
KEJOHANAN Badminton Beregu Lelaki Terbuka 2020 Chung Hwa School, Kiudang (CHSK) diadakan di Dewan Badminton sekolah berkenaan yang bermula hari ini dan berakhir pada 27 Disember nanti.
December 14th, 2020 | 09:36 AM | 8638 views
TUTONG
Seramai 76 peserta berentap bagi merebut gelaran juara pada Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Terbuka 2020 Sekolah Chung Hwa, Kiudang yang diadakan di Dewan Badminton sekolah berkenaan, di sini.
Kejohanan anjuran Sekolah Chung Hwa, Kiudang itu berlangsung selama dua minggu dan bermula hari ini serta berakhir pada 27 Disember nanti.
Hadir menyaksikan perlawanan pada petang ini ialah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Sekolah Chung Hwa, Kiudang, Wakil-wakil dari Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Negara Brunei Darussalam dan Ahli-ahli Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam (PBKBD) serta Pemangku Ketua Kampung Kiudang.
Kejohanan yang dijalankan menggunakan format 'round robin' mempertandingkan Kategori Beregu Lelaki Terbuka.
Tujuan kejohanan tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim khususnya dalam kalangan pemain-pemain badminton di daerah ini, selain untuk mencungkil bakat baharu pemain badminton terutama dalam arena sukan badminton.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]