FacebookInstagramTwitterContact

 

Woman Guzzles 80 Oysters In One Sitting But People Are More Shocked By Price           >>           Science Proves PASSION FRUIT Is A Powerful Medicine For The GUT And The HEART           >>           Cinnamon Plays A Critical Role In Diabetes Management           >>           Coffee, MCT Oil And More: Natural Ways To Support Energy Levels           >>           Glen Powell Details Reuniting With Sydney Sweeney At His Sister's Wedding           >>           Ariana Debose Clarifies Post Criticizing West Side Story Costar Rachel Zegler           >>           The Switch 2’s Joy-Cons Can Double As Mouse-Like Controllers           >>           Wikipedia Is Struggling With Voracious AI Bot Crawlers           >>           National Security Council Adds Gmail To Its List Of Bad Decisions           >>           Brilliant Buriram United Emerge As New Frontrunners In ASEAN Club Championship           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:38 AM

Subuh

: 04:48 AM

Syuruk

: 06:06 AM

Doha

: 06:28 AM

Zohor

: 12:07 PM

Asar

: 03:24 PM

Maghrib

: 06:07 PM

Isyak

: 07:16 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kek Coffee Salted Caramel Juara Pertandingan Membuat Kek


Pengarah Pengurusan Kumpulan (Group Managing Director), Haji Awg Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awg Abdul Rahman menyampaikan hadiah kepada juara pertandingan, Dayang Nurul Huda binti Said .

 


 January 18th, 2021  |  09:55 AM  |   1130 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kek Coffee Salted Caramel hasil buatan Dayang Nurul Huda binti Said berjaya menambat selera dan cita rasa juri Pertandingan Membuat Kek bersempena Festival Ideal yang berlangsung di Little Soho, Jalan Batu Bersurat, hari ini.

 

Beliau yang bersaing sengit bersama finalis Dayang Bibi Amadah binti Haji Awang Rusli agak gementar dan tertekan untuk mencipta dan menghasilkan satu kek yang bakal dihakimi oleh para juri profesional yang sememangnya berpengalaman dalam bidang pembuatan kek dan pastri.

 

Sepanjang dua jam pertandingan, beliau bergelut dengan tempoh masa yang diberikan dan juga cabaran melakukannya di hadapan khalayak umum. Ada ketikanya beliau panik berikutan ketakutannya dalam membuat kek yang dihasilkan itu tidak menjadi dan sebagainya.

 

Para finalis menghidangkan produk masing-masing di hadapan para juri yang terdiri daripada Faridah Yusof, Alex Chua dan Connie Lau.

 

Selain pingat emas, juara membawa pulang baucar 10 peratus produk keluaran Ideal Marketing Sendirian Berhad, barangan dapur serta berpeluang membuat lawatan sambil belajar ke lokasi kilang bahagian perusahaan telur ayam pedaging (layer house eggs).

 

Sementara Dayang Bibi Amadah dengan hasil buatan Kek Rafaello pula di tempat kedua dengan memenangi baucar 5 peratus diskaun di Kedai Daging, Bengkurong Masin serta peralatan dapur, pingat perak dan sijil.

 

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Pengurusan Kumpulan Ideal Marketing Sdn. Bhd., Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman.

 

Setentunya, pertandingan buat julung kalinya dianjurkan oleh Ideal Marketing Sdn. Bhd. tersebut mengetengahkan lagi bakat, terutama mereka yang hanya menjalankannya dari rumah sahaja.

 

Pihak penganjur juga merancang untuk mengendalikan pertandingan, di samping mengasah bakat orang ramai dalam bidang kulinari dan masakan pada masa akan datang.

 

Dalam pada itu, pihak penganjur juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta D'Sunlit Sendirian Berhad dalam menyokong pertandingan tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Carries Out Live-Fire Exercises In Drill Encircling Taiwan – Military

 2025-04-03 00:40:07

Tesla Sales Plunge After Elon Musk Backlash

 2025-04-03 01:07:18